Kos Sebenar Pembinaan Putrajaya RM11,831 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kos sebenar bagi pembinaan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan pusat sehingga ini adalah RM11,831 juta.

Beliau berkata ia meliputi pembangunan pejabat-pejabat kerajaan, kuarters kerajaan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan rumah kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Hakim.

“Selain itu, ia juga turut meliputi pembangunan infrastruktur seperti terowong, jalan, jambatan, menara selain kemudahan awam seperti taman, dataran dan tasik,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Rabu.

Abdullah berkata pembinaan bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dibuat secara penswastaan melalui kaedah bina, pajak dan pindah.

Beliau berkata melalui kaedah ini, Putrajaya Holdings menggunakan pembiayaan sendiri untuk membina pejabat-pejabat kerajaan itu secara berperingkat di atas tanah kerajaan. “Kerajaan menyewa bangunan tersebut dalam tempoh konsesi selama 25 tahun dengan kadar bayaran bulanan yang telah ditetapkan iaitu bermula dengan RM2.50 sekaki persegi.

“Pada akhir tempoh konsesi, bangunan-bangunan ini akan dipindahkan kepada kerajaan tanpa lain-lain bayaran,” katanya.

Abdullah berkata bangunan kerajaan mula diduduki secara berperingkat oleh kementerian dan jabatan kerajaan apabila bangunan-bangunan yang diperuntukan kepada mereka siap.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata jumlah sewa tahunan yang dibayar kerajaan kepada Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2007 ialah RM929.7 juta manakala pada tahun 2006 ialah RM878.1 juta.

“Pada tahun 2005, kerajaan membayar RM732.0 juta kepada mereka dan pada tahun 2004 sebanyak RM434.0 juta,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s