PKR terkejut Ezam ‘masuk’ UMNO – Utusan

KUALA LUMPUR 22 Mei – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terkejut dengan berita kemasukan semula bekas pengasas parti itu, Ezam Mohd. Noor (gambar) ke dalam UMNO.

Beliau berkata, walaupun telah dimaklumkan ura-ura mengenainya sebelum ini, namun secara peribadi tidak pula menyangka bahawa akhirnya Ezam memilih UMNO.

“Perasaan ini timbul kerana Ezam menyertai semula institusi yang beliau sendiri lantang mengkritiknya sebelum ini.

“Memang pelik apatah lagi beliau telah banyak berkorban termasuk bersumpah setia sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan dan turut dipenjarakan kerana perjuangannya.

“Apa pun itu pilihan beliau, Ezam sendiri telah keluar PKR dua tahun yang lalu, jadi selamat maju jaya sahajalah jika berita ini benar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini bahawa Ezam akan menyertai semula UMNO setelah hampir dua tahun bergerak di atas platform pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut Wan Azizah, tindakan Ezam yang masih mempunyai hubungan baik dengan beliau itu sebagai satu ujian daripada Allah dalam perjuangan parti yang dipimpinnya.

”Apa sumbangannya kepada PKR, itu saya ucapkan terima kasih,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, tindakan Ezam itu tidak akan sesekali menjejaskan kekuatan parti itu kerana Ezam tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PKR.

Kata beliau, cuma tindakan ini agak dikesali kerana Ezam telah mengorbankan perjuangannya selama ini apabila akhirnya bertindak bertentangan dengan arus semasa.

Sementara itu di Pulau Pinang, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan penyertaan semula Ezam dalam UMNO sekiranya benar, adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat.

Menurut beliau, situasi itu seolah-oleh memberi ruang kepada bekas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai semula UMNO.

”Kita sudah melihat unsur-unsur bekas penyokong Anwar mahu masuk UMNO, apa yang berlaku ini lebih bahaya daripada apa yang Tun lakukan.

”Ini seolah-olah memberi peluang kepada Anwar masuk ke dalam UMNO. Ini satu keadaan yang amat tidak sihat,” katanya mengulas mengenai hasrat Ezam untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk melawat kawasan Parlimennya di Jerlun, Kedah.

3 responses to “PKR terkejut Ezam ‘masuk’ UMNO – Utusan

  1. penulis_cyber

    Mukhriz tidak suka ? biarlah kerna dia memang tidak suka UMNO akan gagah perkasa.

    Ezam antara anak muda yang kagum dengan DSAI. Justeru, apabila hala tuju perjuangan sudah berubah, tentu dia fikir berulangkali.

    Tidak ubah macam juara lompat Datuk Ibrahim Ali yang lompat ke sana ke mari, tentu beliau ada sebab kukuh hingga mengorbankan dirinya…

    Mukhriz tidak perlu risau sebab Ezam tidak akan bertanding Ketua Pemuda UMNO. Dr Khir pun dah diperli orang dari terus menjadi calon jawatan tersebut ekoran gagal di Selangor PRU yang lepas.

    Biarlah satu dua orang UMNO keluar diganti dengan seratus dua ratus ahli baru yang akan lebih kuat lagi semangat mereka mempertahankan parti hingga kembali menjad Sang Saka Bangsa yang terus disegani….

  2. Akhir-akhir ini bagi saya sebagai pemerhati bebas adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat.Tidak sihat maksud saya bukan kerana berpaksikan kepada mana-mana parti atau orang perseorangan. Anda bebas menulis dengan menunjukkan sokongan kepada pihak-pihak tertentu tetapi tidak sekelumitpun meninjau kepentingan generasi pewaris.Anda lihat perkembangan dewasa ini? Apa yang telah dinikmati oleh rakyat kebanyakan? Merdekah negara kita ini dalam kontek yang sebenar?

    Kita tidak harus bersedih atas kehilangan mana-mana pihak atau atas tindakan mana-mana pihak yang tentunya berlandaskan kepentingan diri semata dan yang jelas adalah kemashuran jawatan serta faedah darinya.
    Apa perlu juga kita beria-ia ingin mempertahankan seseorang memegang jawatan sedang kita sendiri sedar akan implikasinya bahawa mereka ini sememangnya tidak mampu? Kalau ada yang baru yang berkebolehan mengapa kita tidak memberi peluang yang sewajarnya?
    Tepuk dada tanyalah selera.Malaysia bukan seperti sebuah rumahtangga yang kalau tidak sefahaman lagi maka bercerai atau tetap bertahan dalam keadaan yang langsung tak ada persefahaman.Apa sudahnya?

    Saya sayang negara saya dan anda juga harus begitu.Memang benar kalau kudis itu perlu disapu ubat agar tidak melarat tetapi harus diselenggarakan dengan bantuan pakar agar ia cepat sembuh.Tetapi adakah UMNO ini akan sembuh? Kita harus melihat kepada siapakah ayang merawatnya.

    Buka hati buka minda…renungkan sejenak serta letakkan diri kita diantaranya tanpa perlu fanatik mana-mana pihak.

    Bagi yang lari meninggalkan UMNO juga bagi saya adalah satu tindakan yang boleh dikira tidak matang atau lebih tepat BODOH.Mengapa tidak, seharusnya kita guna ruang dan peluang untuk memperbetulkannya. Bukankah lari itu pengecut?

    Takkan Melayu Hilang Di Dunia.
    Melayu yang macam mana yang harus tinggal? yang pengecut? yang lari menyelamatkan diri? atau yang bertahan dan mendabik dada sambil mengaku wira sedangkan sebenarnya kalah?

    Sedarlah kita semakin terhimpit dan terdesak dek tindakan dan kesilapan kita sendiri.Bertelagah itu tidak elok sedang kaum lain mendapat manafaat sedang kita menjaja ini negara kita.Apa yang tinggal?

    Renung-renungkan.

  3. kita seharusnya tidak perlu mengangkut orang lain untuk memperkuatkan kita sedang kita tahu orang itu pernah menjadi musuh kita.. agenda dia pasti tidak sama dengan agenda kita.. masih ramai lagi orang dibawah akar umbi yang punyai kekuatan lebih dari penjilat2 itu..

    tapi biasalah parti yang sudah nak hancur akan seperti itulah setiap musuh akan diangkut kemudian dibawah ke atas untuk mempercepatkan lagi kemusnahan yang ada kerana orang diatas asyik tidur tanpa buat apa2 kerja dan sedang lena di ulit oleh juak2 yang gilakan pangkat kuasa dan harta apa tah lagi perempuan…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s