RM300j anjur Piala Monsun bukan royalti minyak

Utusan

KUALA TERENGGANU 27 Mei – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan berjumlah RM300 juta yang digunakan untuk penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun sejak 2005 bukan daripada wang royalti minyak Terengganu.

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah daripada Kerajaan Pusat yang disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan manakala kerajaan negeri pula hanya menyumbangkan RM4 juta setiap tahun.

Katanya, kesemua peruntukan itu bukan untuk pengurusan kejohanan berkenaan, sebaliknya digunakan untuk membina pelbagai infrastruktur termasuk kemudahan melabuh bot, hotel dan tempat meletak kereta di Pulau Duyong di sini.

“Kos pengurusan untuk penganjuran kejohanan itu tahun lepas, hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM22.6 juta,” katanya selepas melancarkan tujuh naskhah buku terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan wang royalti minyak Terengganu yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang digunakan untuk menganjurkan Piala Monsun.

Ahmad berkata, jumlah peruntukan untuk pengurusan kejohanan tersebut sebenarnya kecil, berbanding nilai yang dijana hasil penganjuran Piala Monsun.

Menurutnya, kejohanan Piala Monsun tahun lepas yang ditayangkan oleh stesen televisyen sukan, ESPN berjaya menarik lebih 1.3 bilion penonton.

“Bayangkan kos yang diperlukan jika kita membeli iklan bertaraf antarabangsa kerana iklan berkenaan harganya tinggi,” ujarnya.

Beliau memberitahu, penganjuran Piala Monsun akan diteruskan sehingga 2012 mengikut perjanjian yang telah dimeterai dengan pihak penganjur.

“Namun, cara pengendalian kejohanan Piala Monsun pada tahun ini berbeza sedikit iaitu lebih banyak aktiviti melibatkan masyarakat tempatan,” katanya.

Apabila ditanya perancangan selepas tamat perjanjian berkenaan, Ahmad berkata, ia akan dipertimbangkan apabila tiba masanya kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s