Cukai jalan dikurangkan RM200, RM50 bagi motosikal

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Jumaat, 13 Jun 2008
KL: Pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan kepada pemilik kenderaan yang layak seperti diumumkan kerajaan berkuatkuasa 1 Jun lepas hanya boleh dibuat secara automatik mulai 24 Jun ini apabila sistem komputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikemaskini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid berkata sehingga tarikh itu pemilik kenderaan perlu membuat bayaran cukai jalan pada kadar asal dan kemudian membuat permohonan mendapatkan semula perbezaan bayaran di semua pejabat dan cawangan JPJ mulai 23 Jun ini.

“Permohonan bayaran balik LKM boleh dikemuka pemilik sendiri atau wakil dengan menyertakan bersama dokumen seperti salinan buku bank/penyata bank, salinan kad pengenalan pemilik, salinan kad pengenalan wakil dan borang JPJ K6,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata borang JPJ K6 boleh didapati di semua pejabat JPJ atau boleh dimuat turun melalui laman web JPJ, http://www.jpj.gov.my dan bayaran balik akan dikredit terus ke dalam akaun yang diberikan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Jun lepas, turut memaklumkan pemberian rebat dan pengurangan kadar LKM bagi mereka yang layak, dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel.

Berikutan itu bagi kenderaan persendirian termasuk jip dan pikap lebih 2,000 cc, cukai jalan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian kapasiti lebih 250cc, cukai jalan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum RM2.

Ahmad Mustapha berkata pembaharuan cukai jalan pada kadar baru itu juga boleh dibuat di Pejabat Pos Malaysia atau melalui kiosk/portal My-EG.

About these ads

One response to “Cukai jalan dikurangkan RM200, RM50 bagi motosikal

  1. I got this web site from my pal who informed me concerning this
    website and now this time I am visiting this website and reading very informative
    articles at this place.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s