Najib mengaku jumpa Saiful – Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jul 3, 08 7:38pm

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

saiful bukhari azlan images 300608 03Menurutnya, Mohd Saiful (foto) menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.

“Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

“Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.

“Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya,” katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

“Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

najib press conference altantuya 030708Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.

“Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak apabila saya difitnah,” tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata:

“Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem”.

Selasa lalu, PKR menyatakan ia mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Najib dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Anwar.

“Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya,” katanya dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.

Pada sebelah petang hari sama, beliau mendakwa di sidang media bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan Mohd Saiful.

Sementara angkatan muda PKR semalam mencabar Najib menafikan pernah bertemu Mohd Saiful.

“AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.”

Advertisements

5 responses to “Najib mengaku jumpa Saiful – Malaysiakini

  1. marangkerapukepunden

    camna Najib boleh tau tangan Saiful seram sejuk tu, takkan Najib main pegang pegang tangan kot, bahaya tu.

  2. kamu adalah pemimpin tk baik.kenapa takut dgn anwar.kenapa tk lawan sedangkan kamu di kaitkan dgn altantuyah.seluruh rakyat malaysia tahu kamu terlibat dlam kes ini.kamu takut kan najib? tUHAN ADA MELIHAT KAMU NAJIB.7 KETURUNAN KAU TK SENANG NAJIB.KAU BUAT CERITA LAGI DGN ANWAR,ORG TK ADA SALAH.KLU KAU TK BERHENTI KAU AKAN JADFI BATU.KASIHAN KAU WAHAI HANTU SYAITAN TK SEMPAT JADI PM.KAU BUAYA NAJIB.ISTERI KAU SEKARANG TU BINI ORG KAN.KAU MENTERI BUAYA,PANTANG NAMPAK PEREMPUAN.

  3. melayusjati

    sekurang-kurangnya najib mengaku jumpa.

    pas tu dia berani bersumpah x de kaitan dengan altantuya.

    oklah, dia pemimpin yang baik, telus.

    banding dengan anwar? dah le cakap berbelit, banyak lak alasan tak nak sumpah.

    aku heran, kenapa dia guna pakai hujah yang memenangkan dia aje.

    Aku x rasa ada konspirasi. AKU RASA ANWAR MEMANG MELIWAT.

  4. sure najib dah kantoi awal2 lg sebab pada sidang akhbar tu 3 julai, najib kata baru kenal si saiful tu few days ago. wartawan pun tanya bila tu? before or after he lodge police report! dengan muka pucat najib kata before si saiful lodge police report. cuba kita fikir skit, dia buat sidang akhbar 3 julai, maksudnya few days ago lebih kurang 3 hari..so, 1 julai(ambik purata 2/3 ari) la dia jumpa saiful. tp..saiful buat polis repot 28 jun! kalau pun dia kata awal dr tu..tak mungkin jgk, sbb kununnya anwar liwat dia last 26 jun..jadi bila pula masa sebenar saiful jumpa najib ni..

  5. BERHATI-HATI DENGAN PERKATAAN “FEW DAYS AGO”.. banyak maknanya tu..pak najib, spesifik sikit..dah masuk rekod TV3 tu..kena ambik sidang media ari tu sebagai bukti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s