Karpal enggan ulas lagi-Utusan

PUTRAJAYA 29 Julai – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh tidak mahu lagi mengulas kritikan beliau terhadap perundingan Pas dan UMNO berkaitan perpaduan Melayu kerana menganggap kenyataannya sebelum ini sudah mencukupi.

”Apa yang saya sebutkan sebelum ini sudah cukup… cukuplah. Itu (kenyataan terbaru Pas semalam) juga saya tidak mahu komen,” kata Karpal kepada Utusan Malaysia ketika mengulas kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu itu.

Nik Abdul Aziz ketika bercakap kepada pemberita di Gua Musang semalam meminta Karpal menghormati hasrat Pas untuk mengadakan muqabalah dengan UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Karpal sepatutnya memahami mengenai muqabalah yang merupakan perbincangan bersemuka antara Pas dan UMNO kerana pengalaman politiknya yang lama dan untuk menjaga kepentingan bersama antara Pakatan Rakyat.

Menurutnya, isu muqabalah antara Pas dan UMNO itu tidak akan diperjelaskan kepada Karpal kerana perkara itu pernah dibincangkan dengan pemimpin DAP itu sebelum ini.

Ahad lalu, Karpal mengeluarkan kenyataan mahu supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan Pas dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s