SKMM sekat akses ‘Malaysia Today’ – Malaysiakini

Aug 27, 08 8:58pm
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil tindakan yang jarang-jarang berlaku dengan menyekat blog kontroversi Malaysia Today.

“Ia dihalang kerana didapati beberapa komen dalam laman web itu tidak senstitif, tiada batas dan menghasut,” kata ketua pegawai operasi badan itu Mohamed Sharil Tarmizi.

Sehingga jam 7 petang, Malaysiakini mendapati blog itu masih tidak dapat dilayari menggunakan tiga pembekal khidmat internet (ISP) utama – TMnet, Maxis dan Time – tetapi tiada masalah melalui Jaring.

Sekatan SKMM pertama kali diambil terhadap sebuah laman web bukan pornografi.

Bagaimanapun, pengguna Internet boleh melayari laman dengan menaip alamat IP-nya atau menggunakan alamat alternatif.

raja petra malaysia today controversyPengendali blog popular itu Raja Petra Kamaruddin pula berkata beliau tidak akan memprotes tindakan SKMM itu kerana ia tidak akan didengar.

Jumaat lalu, rumah beliau diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi.

Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra berkata polis kemungkinan memanggilnya memberi keterangan kes itu minggu depan. Berita asal

Advertisements

2 responses to “SKMM sekat akses ‘Malaysia Today’ – Malaysiakini

  1. penulis_cyber

    kita harap bapak ‘ fitnah ‘ ini akan disekat dengan tindakan lebih keras…sangat berbahaya…

    lembut sangat jadi ‘huru hara’ negara kita …

  2. Bedah: Nko tahu tak si Joyah Murai kena tampo dgn tok ketua?
    Leha: Eh, bila?
    Bedah: Petang semalam. Puncanya, dia bawa cerita yg tok ketua kahwin dgn janda kampung Hulu. Apa lagi… bila cerita ni sampai kat bini tok ketua, perang beso la. Nyaris tak bercerai tok ketua dgn bini dia.

    Soalan Demang: “Jika peristiwa di atas berlaku di kampung anda, bagaimana pendirian anda?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s