Proton berunding keluar kereta elektrik – Kosmo


ALBERT LAM (dua dari kiri) dan pasukannya bersama kereta Proton Persona yang telah disepadukan dengan pemanduan elektrik di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Syarikat kereta elektrik, Detroit Electric, sedang berunding dengan Proton Holdings Bhd. bagi mengeluarkan kenderaan elektrik sebagai sebahagian daripada rancangan Proton untuk menge- luarkan kenderaan elektrik mampu milik menjelang akhir 2009.

Syarikat yang berpejabat di Belanda itu juga sedang berunding dengan dua syarikat lain di Eropah dan Amerika Syarikat untuk tujuan yang sama, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Detroit, Albert Lam.

“Pada peringkat ini, rundingan masih di peringkat awal,” katanya pada prebiu media mengenai kereta elektrik syarikat itu di sini semalam.

Setakat ini, syarikat itu sudah menyepadukan sistem pemanduan elektrik dalam dua kereta penumpang Proton seperti Persona dan Savvy, tiga Lotus Elises, sebuah Daihatsu-Cuore dan sebuah Volkswagon Golf dengan tujuan menggunakan sistem berke- naan untuk membangunkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Tenaga berasaskan bateri lithium-ion, menawarkan tenaga elternatif kerana ia mesra alam dengan pelepasan sifar, namun berprestasi sama seperti kereta gasoline.

Bagi mencapai pengeluaran kenderaan elektrik secara besar-besaran, Lam berkata syarikat itu menyasarkan pelaburan berjumlah AS$300 juta (AS$1= RM3.41) dalam tempoh lima tahun akan datang. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s