Jakim buat laporan terhadap Raja Petra – Utusan Terkini

05/09/2008 5:08pm

PUTRAJAYA 5 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam hari ini membuat laporan polis ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog tersebut turut dilakukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Balai Polis Putrajaya di sini pada pukul 12.30 petang.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang mengetuai kumpulan agensi tersebut berkata, pihaknya memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam.

“Tulisan tersebut yang bersikap prejudis dan kelihatan bersuara bagi pihak orang lain yang tidak memahami Islam atau seperti pendekatan biasa media Barat.

“Ia seolah-olah menjadi penghubung kepada pihak berkenaan untuk menghina Islam, kita minta pihak berkuasa menyiasat tulisan tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan ambil tindakan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir membuat laporan polis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd.; Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM, Dr. Abdul Ghani Mohamad.

Laporan tersebut membabitkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk `I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim’ dan ulasan-ulasan pada artikel bertajuk `Not all Arabs are descendants of the Prophet’ yang didakwa menghina umat Islam dan Nabi Muhammad.

Baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat akses laman web Malaysia Today tetapi ia tetap boleh dilayari sehingga kini apabila pemiliknya menggunakan pelayar internet yang lain.- Utusan.

Advertisements

One response to “Jakim buat laporan terhadap Raja Petra – Utusan Terkini

  1. Saya bersetuju Raja Petra dikenakan tindakan undang-undang.. Beliau lebih suka membuat provokasi sekarang berbanding di awal penglibatannya dalam blogging.
    Kebanyakkan artikelnya sekarang ini lebih menjurus kepada hasutan dan memainkan sentimen perkauman.

    Wassalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s