Bernama buat laporan polis – Malaysiakini

Sep 5, 08 11:00pm
Agensi berita nasional, Bernama malam ini membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu menerusi SMS mengenai kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar daripada BN.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengurus Kanan Teknikal Bernama, Abdul Halim Hafiz yang menyelia trafik perkhidmatan SMS Bernama di Balai Polis Jalan Travers pada jam 8.45 malam ini.

Dalam laporannya, Abdul Halim  berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Bernama untuk menyebar maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Menurut laporan Bernama, Abdul Halim berkata, daripada siasatannya, Bernama tidak ada mengeluarkan sebarang berita SMS seperti yang disebarkan oleh orang yang tidak diketahui hari ini.

“Saya telah menyemak log penghantaran berita SMS Bernama hari ini dan mendapati tiada sebarang rekod menunjukkan berita tersebut dihantar,” katanya.

Perkhidmatan berita SMS Bernama hanya diterima oleh pelanggan berdaftar dengan Maxis dan Celcom melalui kod penghantaran 26822, serta mengikut format tertentu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s