Jangan buat tuduhan melulu terhadap Ahmad, kata Muhammad Taib – Utusan

06/09/2008 3:10pm

JITRA 6 Sept. — Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib meminta masyarakat terutamanya anggota parti supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap Datuk Ahmad Ismail berhubung dakwaan kenyataan beliau terhadap masyarakat Cina.

Beliau berkata, seeloknya semua pihak meneliti dan mendengar dahulu penerangan daripada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu sebelum memutuskan sama ada beliau benar-benar melakukan kesalahan ataupun tidak.

“Jangan buat kesimpulan awal daripada apa yang diperkatakan, kerana kalau yang dia sebut (kenyataannya) itu dalam konteks sejarah, maka pertimbangannya berbeza dengan konteks politik.

“Kita perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang penilaian terhadap apa yang telah disebut,” katanya kepada pemberita pada program Apa Khabar Orang Kampung di Kampung Keda Wang, dekat sini hari ini. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s