MB perlu minta maaf: MP Kapar – Sinar Harian

SHAH ALAM – Minta maaf atau berdepan dengan kemarahan rakyat.

Demikian kata dua Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam (gambar) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap lawatan untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar sebagai membuang masa dan membazirkan wang.

Beliau memberi amaran kepada Abdul Khalid agar menarik semula kenyataan berkenaan tersebut kerana akan menyinggung hati dan perasaan rakyat sehingga boleh memberi kesan pada pilihan raya umum akan datang.

“Sebagai orang nombor satu di Selangor, beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat sekali gus kepada pilihan raya umum lima tahun akan datang.

“Malah sebagai Ahli Parlimen Kapar, saya merasa amat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh beliau,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurut Menteri Besar itu, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Dalam kejadian pukul 3 petang pada 1 September lalu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut.

Menurut Ahli Parlimen PKR itu, Abdul Khalid perlu meninggalkan mentaliti dunia korporat apabila menganggap tindakan sedemikian hanya membuang masa tanpa mengambil kira kesan ekoran kenyataan seperti itu.

“Jangan hanya bila kita hendak minta undi rakyat sahaja, kita rajin melawat kawasan tetapi bila terjadi perkara sebegini, kita tidak tunjuk muka. Sepatutnya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh penduduk berkenaan, kita perlu sentiasa berdampingan dengan mereka dan bertanya khabar. Malah, kita perlu menyelesaikan setiap masalah yang berlaku di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut Manikavasagam, Abdul Khalid perlu mengubah sikap kerana kenyataan angkuhnya itu akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Jangan tunjuk angkuh, tak beri manfaat apa-apa pun pada diri. Pemimpin tidak kira siapa pun, kena pandai jaga hati rakyat. Sebagai pemimpin kita harus sedar bahawa kuasa sebenar terletak di tangan rakyat kerana mereka yang akan memangkah kertas undi pada pilihan raya,” katanya.

Ditanya reaksi beliau jika sekiranya dikenakan tindakan terhadapnya, beliau berkata ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya bekerja hanya untuk rakyat. Bagi saya kebajikan rakyat yang paling utama. Saya tidak takut jika pucuk pimpinan parti mahu mengambil apa- apa tindakan terhadap saya kerana saya berpendirian tegas dalam hal ini,” tegasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s