Muhyiddin sah jemput Dr M kembali ke Umno – Malaysiakini

Sep 9, 08 2:41pm
Naib Presiden Umno,  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menjemput bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kembali ke pangkuan Umno untuk membantu “menangani masalah’ yang melanda parti.

“Saya memujuk beliau supaya kembali ke Umno. Beliau sedang menimbangnya,” kata Muhyiddin kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin merupakan pemimpin nombor tiga selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, beliau telah menjemput Dr Mahathir ke kediamannya Sabtu lalu untuk menyuarakan kebimbangannya berhubung masalah yang melanda Umno selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Saya beritahu sekiranya beliau mahu menangani masalah tersebut, maka beliau mesti kembali ke Umno,” tambah Muhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Katanya, beliau sedang menunggu pegawai Dr Mahathir menyerahkan semula secara rasmi borang keahlian kepada parti.

Ditanya sama ada tindakannya itu dapat diterima oleh pemimpin Umno yang lain, terutama mereka yang menjadi sasaran kecaman Dr Mahathir, Muhyiddin berkata, beliau yakin ia bukannya satu isu.

Katanya, ia kerana ramai yang sedih apabila Dr Mahathir keluar parti.

Oleh itu, Muhyiddin yakin mereka bersedia menerima Dr Mahathir kembali semula ke Umno.

Dr Mahathir keluar parti pada 19 Mei selepas kecewa dengan kepimpinan Abdullah.

Mantan perdana menteri itu berkata, beliau akan kembali semula ke Umno selepas Abdullah digantikan oleh pemimpin lain.

2 responses to “Muhyiddin sah jemput Dr M kembali ke Umno – Malaysiakini

  1. Jika kembali dengan niat ingin menjatuhkan Pak Lah baik tak usah.

    Adakah ini taktik Muhyidin ingin mencari sokongan popular bagi pemilihan tidak lama lagi ?

    Kenapa kekalahan diletak atas bahu Pak Lah seorang ?

    Dan dikaitkan dengan kejatuhan BN ?

    sedangkan siapa yang rosakkan Umno sebenarnya ?

  2. Saya sarankan supaya Tun Dr.Mahathir banyak2 berehat dan bertenangkan fikiran.Biarlah saja Pak Lah kemudikan UMNO………………………setelah sekian lama Tun Dr.M korban masa untuk Malaysia.Bersenang2lah bersama2 isteri tersayang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s