PKR melakukan sesuatu yang tidak adil pada Pas – Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Abu Bakar Abdul Ghani menyifatkan impian PKR menubuhkan kerajaan baru seperti menggenggam angin.

“Impian seperti itu macam menggenggam angin, bila buka tiada apa-apa. Saya cabar PKR dibubarkan sekiranya tiada kerajaan dibuat hari tersebut kerana ia seolah-olah membohongi rakyat,” katanya.

Abu Bakar turut menyokong kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib supaya Ketua Pembangkang itu membuktikan daya usaha membantu rakyat, bukannya tertumpu pada impian berkenaan.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa PKR dan Pas tidak dapat bersama untuk membina negara memandangkan Anwar tidak mampu berlaku adil kepada parti tersebut di Pulau Pinang.

“Kalau Anwar adil, kenapa tidak memberi peluang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Haji Hamdan Abd Rahman sebagai salah seorang Exco negeri,” ujarnya.

Katanya, PKR di Terengganu sendiri walaupun mengadakan kerjasama dengan Pas namun tidak mampu berlaku jujur di belakang dan banyak menghentam Pas di peringkat perwakilan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s