BN tidak berpecah belah kata PM – utusan terkini

09/09/2008 8:46pm

KUALA LUMPUR 9 Sept — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan tanggapan bahawa parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kini berpecah belah dan menuju kehancuran.

“Tidak, anda silap mentafsirkannya. Kami sesekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku (BN berpecah belah atau menuju kehancuran). Kami seperti pasukan bola. Sangat agresif tetapi kami bermain permainan yang sama.

“Kami mensasarkan kepada satu gawang gol lawan supaya kami menang,” kata Abdullah, yang juga Pengerusi BN, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Menjawab soalan bahawa beliau kini hilang kawalan terhadap parti gabungan itu, beliau berkata, itu bukan masalahnya kerana isu, khususnya berhubung Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, di dalam BN akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Abdullah berkata, beliau berasa gembira kerana pemimpin yang hadir hari ini menegaskan bahawa kesemua mereka mesti bersama-sama dalam BN untuk menghadapi apa jua ancaman, rintangan dan cabaran bersama-sama.

“Kita mesti menghadapi bersama serta berkerjasama terhadap semua ini dalam usaha menjayakan rancangan-rancangan parti BN,” katanya.

Beliau berkata, adalah penting kehendak, suara serta luahan rakyat sampai kepada BN dan dalam hal ini saluran komunikasi secukupnya perlu diadakan agar rakyat dapat berhubung rapat serta menyampaikan kehendak mereka kepada BN.

Abdullah turut menggariskan beberapa perkara untuk mengubah serta memulihkan BN dan ini termasuklah mengerakkan jentera penerangan mengenai kegiatan parti serta dasar-dasar kerajaan. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s