Joseph Kurup tidak lagi Timbalan Menteri: Najib – Sinar Harian

PUTRAJAYA – Tan Sri Joseph Kurup tidak lagi menjadi Timbalan Menteri ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam mengisytiharkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lepas batal dan tidak sah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana Timbalan Menteri mestilah daripada kalangan        Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Kurup boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri sekali lagi kelak sekiranya parti bersetuju beliau bertanding semula, kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara, di sini.

Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan juga Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah.

Najib berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu dan akan membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu sekiranya perlu.

Kurup menang tanpa bertanding bagi kerusi itu pada pilihan raya umum itu setelah kertas pencalonan calon Parti Keadilan Rakyat, Danny Anthony Andipai ditolak.

Mahkamah Kota Kinabalu dalam membuat keputusan, semalam memberikan alasan antaranya penolakan kertas pencalonan itu adalah salah dan melanggar hak perlembagaan seseorang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Mengenai mesyuarat semalam yang diadakan, Najib berkata, Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara menerima dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak kebangsaan.

Najib berkata, dasar acuan Malaysia itu bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak di bawah lima tahun yang mempunyai proses pembangunan yang holistik. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s