Abdullah Terkejut Kenyataan Muhyiddin Anggap Peralihan Kuasa Terlalu Lama – Bernama

11 September, 2008 16:48 PM


PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rancangan peralihan kuasa pada 2010 adalah terlalu lama sedangkan, kata Perdana Menteri, pelan itu dipersetujui oleh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.

“Saya terkejut seorang anggota kabinet saya boleh membuat kenyataan seperti itu. Ia bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC di pejabatnya di sini hari Khamis.

Semalam Muhyiddin berkata di Singapura bahawa pelan peralihan kuasa itu telah “tenggelam” dan rakyat tidak lagi bercakap mengenainya.

Mengikut pelan itu, Abdullah akan menyerahkan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, jawatan Perdana Menteri, pengerusi Barisan nasional dan Presiden Umno pada Jun 2010.

Perdana Menteri berkata beliau masih lagi berkhidmat bukan untuk bersuka-suka memandangkan tugasnya itu bukan suatu yang boleh dianggap hanya untuk berseronok.

“Banyak soal politik, banyak masalah yang perlu ditangani dan banyak program yang saya perlu selesaikan,” katanya.

Abdullah berkata ini termasuk pembaharuan membabitkan badan kehakiman, Badan Pencegah Rasuah dan polis.

“Pada masa yang sama, saya berjanji kita akan menghapuskan kemiskinan tegar,” katanya.

Abdullah berkata beliau akan bekerja keras untuk mencapai semua itu, dan pada masa yang sama, berusaha membawa perubahan pada Barisan Nasional agar ia dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat. Bagi Umno, kata Abdullah, banyak lagi usaha yang perlu dilakukannya untuk membantu Najib mencapai matlamat semua program yang telah ditetapkan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan meminta Muhyiddin memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu, Perdana Menteri berkata : “Tak perlulah soal saya tentang apa yang saya nak buat.”

Mengenai hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.

“Pendapat saya seorang tak memadai, ini soal parti,” katanya.

Dr Mahathir telah keluar Umno pada 19 Mei lepas kerana kecewa dengan kepimpinannya sekarang.

— BERNAMA

Advertisements

3 responses to “Abdullah Terkejut Kenyataan Muhyiddin Anggap Peralihan Kuasa Terlalu Lama – Bernama

  1. Pak Lah patut buang anggota Kabinet seperti Muhyidin yang tidak sama cakap dengan buat.

    Pak Lah boleh ganti orang lain yang sanggup taat setia dan menyokong sepenuh hati dasar dasar kerajaan.

    Teruskan usaha murni Pak Lah dan kami akan sokong dengan izin Allah.

    Jangan hiraukan orang suka mengambil kesempatan seperti Muhyidin yang jelas membuat hubungan dengan orang yang lantang dan cuba menjatuhkan nama Pak Lah sekeluarga.

    Janji Allah tetap berlaku dan Tun Mahathir sedang kebingungan kerana takutkan Anwar sedangkan beliau juga membuka ‘jalan’ kepada kemenangan pembangkang dengan menjatuhkan imej dan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Pak Lah.

    Umno perlu tolak kemasukan semula Tun Mahathir dan membuat ketetapan berani menyekatnya dari kembali memusnahkan parti dari dalam.

    Moga Allah memberi pertolongan kepada Pak Lah !!!

  2. Salam Penulis Cyber,

    Saya selalu melihat komen-komen sdr dihentam dgn teruk oleh blogger2 pro-Anwar.. itu biasalah.. asam-garam blogger.

    Pada pendapat saya, punca sebenar BN lemah adalah kerana Pak Lah itu sendiri.. Pak Lah tiada wawasan dan prinsip sebagaimana Mahathir. Pak Lah lemah kerana terlalu memanjakan anak dan menantunya.. akhirnya memakan diri sendiri. Kerana KJ dan Kamaludin, Pak Lah terus dibenci.. rakyat menganggap Pak Lah tidak berusaha dan menutup mata atas kerakusan anak-menantunya itu.

    Lebih teruk, Pak Lah jadi PM.. sudah tentulah makin dihentam oleh rakyat.. Pak Lah ni seorang yang berjiwa lembut dan penyayang, dan orang lain mengambil kesempatan diatas sifat-sifatnya itu.

    Dalam politik yang semakin ganas ini, Pak Lah tidak sesuai jadi pemimpin.. BN perlu kepada pemimpin yang ganas juga. Sdr tahu betapa bahayanya Anwar jika menjadi PM.. Seburuk-buruk Mahathir pun, tidaklah menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Tetapi Anwar sememangnya merbahaya..

    BN harus menerima suara baru dan pengaruh Mahathir kembali. BN harus dijenamakan semula.. bukan bermaksud saya ini penyokong BN atau Mahathir.. TDM boleh mengembalikan kekuatan BN seterusnya mengimbangi tindakan ganas Anwar.

    Yang manakah sdr mahu? Menyokong pemimpin yang menggadaikan agama atau menyokong pemimpin yang diktator? Bagi diri saya.. diktator Mahathir tidak kemana kerana beliau sudah tua.. masanya hampir tiba. Tetapi, demi kepentingan umum.. saya lebih rela menyokong Mahathir drpd menyokong Anwar.

    Saya sokong Anwar hari ini, saya suka sekejap kerana bebas dari BN.. tetapi saya menangis dikemudian hari melihat anak-cucu saya ditindas oleh kaum lain dan yahudi.

    Salam ukhuwah..

  3. Tulis SH Alattas @ Pak Habib :

    Pak Lah dengan sifat ‘sabar’ yang luar biasa yakin Allah berserta dengan orang yang ‘sabar’. Apakah anda tak percaya mujizat yang dianugerahkan pada para awlia, karamah pada para ‘wali Allah’ dan kecerdikkan kepada manusia yang berakal? Di waktu terdesak akan datang pertolongan Allah. Para ambia dan aulia menerima ujian yang jauh lebih besar namun sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.

    Menung, fikir dua tiga kali apa yang anda sudah baca. Politik, politik juga. Tuhan jangan lupa. Bila lagi mahu kenal diri rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Hidup ini sementara, jangan pisahkan politik dari agama, biarpun dunia belum kiamat. Kita sudah berada di penghujung, tanda-tanda dunia akan kiamat sudah dekat. Tahukah anda bencana yang menimpa bangsa dan negara kita hari ini akibat memisahkan politik dan agama? Kita lupa pada kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Bila lagi mereka yang sesat di hujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan? Sampai bila kita menyembah ego, harta, wanita dan manusia durjana? Bila lagi mereka yang ‘sakit’ mahu mencari ubat, yang berdosa mahu bertaubat?

    Mengikut Dato’ Norza ada orang kata, budi pekerti Pak Lah macam Tok Sami Buddha. Pak Lah mudah percaya setiap orang yang datang mengadu masalah mereka kepadanya, dia cuba tolong. Pak Lah seperti Tok Sami walaupun yang datang itu perompak dan penyamun dia layan dengan baik. Anak cucu ‘ulama’ keturunan orang baik-baik mesti ada sikap ikhsan, dia mudah kasihan, sikap ‘khusnuzan’, sentiasa berbaik sangka, hidup dihati dia. Betul ke dia tak tahu yang dia kena main, dia kena tipu dengan ‘penyamun tarbus’? Saya berfikir, dia sendirian atau orang dikelilingnya tak buat apa-apa, tak jaga boss, ada yang macam ‘penyamun tarbus’?

    Akibat mudah mempercayai kata-kata orang jahat kononnya mereka teraniaya, bila permintaan mereka tak dapat dilayan sepatutnya akhirnya dia yang teraniaya dan dizalimi. Apakah kerana mahu jadi orang baik yang menyebabkan dulu dia Mr. Clean man, Mr. Nice Man ditukar oleh tukang ‘sihir’ menjadi ‘public enemy’ atau ada hikmah, hanya Allah saja yang tahu.

    Hidup menjawab soalan, mati pun nanti mesti menjawab soalan di depan Tuhan. Sudahkah anda membuat persiapan? Mari kita melatih diri kita supaya tidak terlibat dengan penyakit fitnah yang lebih dahsyat dari ‘dadah’ dan lain penyakit sosial yang sedang menyerang bangsa kita, terutama penyakit ‘suka berbohong’ dengan cerita ‘half truth’ separuh benar, separuh bohong, cerita ong-ong.

    Kenapa ‘orang kita’ mudah dibohongi dan mudah terpedaya dengan manusia yang suka berbohong, yang cakap kosong dan ‘ceklat angin’? Mungkinkah kerana kita lebih percaya siapa yang berkata dari apa yang dikata? Jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata?

    Apakah akibat malas membaca? Atau penyakit mengutamakan jenama sedangkan kita tahu jenama jeans atau baju yang kita pakai itu barang tiruan, palsu? Jenama punya pasal kita tak peduli kita kena tipu.

    Orang yang tak berilmu begitu mudah dijadikan alat oleh mereka yang mungkin tak dapat projek, tak dapat sesuatu atau yang bersikap prejudis ditambah sikap P.H.D yang dikaitkan dengan bangsa Melayu? Sampai bila sikap ini mahu diubah?

    Kita makhluk yang bernama manusia adalah makhluk yang berakal. Kenapa tak guna ‘akal’ dan fikiran kita atau akal dijadikan Tuhan akibat kurangnya ilmu kerohanian?

    Bangsa kita ‘sakit’ akibat di serang selsema, ‘fitnah’. Sindrom wabak ‘fitnah’ mudah menjangkiti orang yang tak beriman. Patutkah kita berpeluk tubuh tak buat apa-apa? Apakah anda tidak mahu menyumbang sesuatu pada bangsa anda? “Ask what you can give to your country not what your country can give you” – John F. Kennedy.

    Apakah kita tak merasa malu membiarkan diri dijadikan seperti ‘anjing’? Seekor anjing menyalak semua anjing lain menyalak sama. Apakah anda tak tahu adanya pemimpin kita yang sudah jadi seperti anjing kurap yang ada penyakit gila sanggup mengigit orang yang tak berdosa dengan kita?

    Kita bukan anjing. Kita adalah ‘insan’ sebaik-baik makhluk kejadian Tuhan. Kita ada agama, Al-Quran, kita buat apa? Sunnah Nabi Muhammad SAW bubuh kat mana? Cuba mengucap dan beristighfar. Ajak kawan-kawan yang kita rasa tersesat, berselawat ‘Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad’.

    http://www.shalattas.com/print.php?news.61

    disalin oleh :

    Penulis Cyber
    https://beritamalaysiakini.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s