Bentuk kerajaan 16 September mustahil, PAS belum ‘setuju’ penuh – mStar Online

Bentuk kerajaan 16 September mustahil, PAS belum ‘setuju’ penuh
10-09-2008 11:01:26 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: PAS yakin tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada Selasa ini sebagaimana digariskan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak enam bulan yang lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, analisis beliau menunjukkan bahawa perubahan yang dirancang tidak akan berlaku disebabkan faktor teknikal dan politik.

“Sekarang, sepanjang Ramadan, Parlimen tidak bersidang. Dan apabila Parlimen tidak bersidang bagaimana kerajaan boleh bertukar?

“Kerana pertukaran kerajaan sedia ada kepada kerajaan  yang baru mesti melalui proses demokrasi. Kerajaan yang ada mesti digulingkan, barulah sebuah kerajaan baru  didirikan,” kata beliau yang Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam temu bual dengan Harakah.

Temu bual itu akan diterbitkan dalam edisi esok.

Semalam, Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedang menimbangkang kemungkinan beranjak jika terhadap halangan untuk merealisasikan sasaran 16 September.

Temu bual itu diadakan awal minggu ini.

Anwar berkata, jika bukan 16 September, pihaknya akan memilih 20 September bagi mencapai matlamat mereka ketika segala perancangan berjalan dengan lancar.

Meskipun Mustafa tidak lagi memegang jawatan terpenting dalam PAS, namun pandangan dan tanggapannya terhadap perkembangan politik sentiasa dinanti banyak pihak.

“Saya bercakap tidak mewakili PAS tetapi mewakili peribadi saya… 16 September akan berlaku. Tidak mungkin tarikh melompat dari 15 September kepada 17!

“Tetapi perubahan terancang tidak akan berlaku, berdasarkan dua faktor (politik dan teknikal),” kata Mustafa.

Jelas beliau, dalam keadaan Parlimen tidak bersidang tidak boleh diadakan undi tidak percaya dan kerajaan semasa tidak boleh digulingkan sekali pun bilangan wakil rakyat mungkin cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

“Dari segi teknikal ia mungkin tidak berlaku. Saya tidak tahu siapa yang memilih tarikh 16 September,” katanya.

Malah, kata beliau, dari segi politik, timbul pelbagai  spekulasi mengenai bilangan ahli Parlimen yang hendak melompat parti.

“Ada yang kata sudah ada angka 30, angka 40 dan beberapa angka lagi, yakni jumlah mereka yang akan meninggalkan BN dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya tidak yakin sebab tidak mudah bagi seorang ahli Parlimen daripada parti yang memerintah hendak menyeberang kepada parti bukan kerajaan,” katanya lagi.

Tambah beliau, dalam sejarah negara ini, pernah berlaku cross over masa lalu iaitu daripada parti pembangkang kepada parti memerintah.

“Dan tidak pernah berlaku daripada parti memerintah kepada parti pembangkang. Berdasarkan proses demokrasi di Malaysia selama ini, ia tidak akan berlaku,” katanya.

Mengenai tarikh 16 September, beliau berkata, “dalam konteks 16 September tidak mungkin berlaku.”

“Tarikh lain kita tengok nanti. Apa yang berlaku dalam parti-parti komponen BN mempunyai dinamika tersendiri.

“Gerakan nak reviu kedudukan dalam BN. Berdasarkan pengamatan saya, Gerakan akan meninggalkan BN. Namun MCA tidak mungkin meninggalkan BN.

“MCA adalah pengasas Perikatan dahulu. Kalau kenyataan Setiausaha Agungnya boleh dipakai, MCA tidak akan meninggalkan BN. Mengenai  soal lawatan, ia merupakan satu reaksi melampau dan dan panik yang tak tentu pasal,” katanya lagi.

Mengenai pendirian PAS, kata beliau, “sebenarnya saya tidak sempat kaji siapa orang dalam PAS yang ghairah dengan 16 September dan siapa yang tidak.’

Ini kerana, jelas beliau, pihaknya tidak pernah membincangkan secara serius mengenai hal berkenaan.

“Bagaimanapun, hari ini (Ahad lalu), Lim Kit Siang  ada buat kenyataan, jika orang yang hendak lompat ini ada kepentingan peribadi, beliau tidak bersetuju. Karpal Singh juga pernah buat kenyataan serupa. Dari segi ini, nampak DAP juga tidak ghairah sekiranya lompat itu didorong kepentingan diri,” katanya.

3 responses to “Bentuk kerajaan 16 September mustahil, PAS belum ‘setuju’ penuh – mStar Online

  1. Ya Allah ! gagalkan niat jahat meruntuhkan kerajaan Malaysia oleh makhluk nama Anwar !

    jadikan tipudayanya dikalahkan oleh tipudaya Mu yang maha Agung.
    Bukakan pintu hati semua agar nampak kebenaran yang sudah kelam ditutup dengan fitnah dan akuan sumpah serta berita palsu ini.

    Dengan berkat Ramdhan dan Penghulu Ramadhan dan kekasihMu maka kabulkan doa ini.

    Jangan biarkan agamaMu dihina mereka yang berselindung di belakang nama politik.

    Sedangkan mereka berniat jahat ingin merosakkan kesucian Islam di Malaysia yang telah menjadi paksi keamanan selama 50 tahun.

    Amin.

  2. Saya tidak mahu keamanan yang kita kecapi selama ni rosak kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Kita telah bersusah payah mengharungi cabaran, tidak patut kita gadaikan semua itu.
    Sedangkan apa yang dilihat sekarang ni pun, hasil daripada ‘buah tangan’ Anwar, banyak demonstrasi jalanan, kekasaran terhadap kaum wanita, campurtangan dari pihak luar..
    Itu kah yang kita hendak bawa dan teruskan dalam masa hadapan?

  3. aikhh….. ape niat jahatnye. Dah 50 tahun dah….takkan kite nak tunggu lagi lihat le keadaan kite takat mane yg kite capai n gapai. Byk rasuah, jenayah, masalah sosial bermakna kite dlm keadaan haru biru. So ini kena cegah, mane bole dibiarkan 10thn lagi. Jgn jadik buta mata buta hati n buta telinga….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s