Dua Ahli Parlimen Gerakan akan masuk Pakatan Rakyat? – Harakah Daily

Dua Ahli Parlimen Gerakan akan masuk Pakatan Rakyat?

Suhaimi Taib
Thu | Sep 11, 08 | 12:53:49 pm MYT
Penulis mendengar khabar, ada dua Ahli Parlimen dari Gerakan yang berada di Taiwan dikatakan telah mengisytiharkan diri ‘melompat part’i masuk Pakatan Rakyat.

Iklan

Khabar belum sahih ini disampaikan seorang teman di Terengganu melalui SMS diterimanya. Bagaimanapun dalam siasatan saya media internet belum menyatakan perkara ini sama ada betul atau hanya khabar angin.

Yang jelas ialah kenapa Barisan Nasional (BN) membawa melawat kira-kira 40 ahli Parlimen (MPnya) ke Taiwan di saat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim merencanakan 16 September ini sebagai tarikh bertukar kerajaan?

Jika benar mustahil MP BN itu tidak akan melompat parti kenapa mereka dibawa ke Taiwan dan berada di sana sehingga tarikh 16 September?

Khabarnya wartawan-wartawan seluruh dunia tertumpu di Taipei, ibu negara Taiwan untuk menemui ahli-ahli parlimen berkenaan bagi mengetahui sama ada benar atau tidak mereka akan bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setiap adanya sidang akhbar mahu mengelakkan diri dari bercakap berkait dengan isu melompat parti dengan pelbagai alasan.

Ini menunjukkan bahawa Abdullah semacam mengiayakan apa yang disebarkan dalam media dan apa yang dinyatakan oleh Anwar.

Kalau tidak takkanlah Abdullah bersikap sedemikian rupa.

Orang takut dengan sesuatu situasi akan bertindak bodoh menampakkan ketakutanya sehingga menyebabkan orang ramai mengetahui bahawa dirinya takut dan gementar menghadapi suasana tersebut.

Jika tidak berlaku lompat parti mengapa perlunya dihantar MP BN ke Taiwan atas apa motif sekalipun dalam tempoh perancangan yang dibuat Anwar (sehingga 16 September).

Bukankah tindakan sedemikian mengiyakan apa yang diwarwarkan sebelum ini?

Eloklah Abdullah meletak jawatan segera sebagaimana cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini untuk menyelamatkan keadaan sekaligus menghalang dari kehancuran Umno/BN membarah. – mr _

3 responses to “Dua Ahli Parlimen Gerakan akan masuk Pakatan Rakyat? – Harakah Daily

  1. Memang seronok mempermainkan ramai pihak dengan mengwar warkan berita lompat melompat ni.

    PAS dah sedia menerima lompatan ini walaupun tuduh Umno yang mulakan. Nik Aziz sendiri yang kata.

    Jika benar tidak elok kenapa mahu dibiarkan ia dibuat/diulang oleh Anwar ?

    Tok Guru jenis apa halalkan matlamat dan halalkan cara ni ?

    Patutlah orang PAS jadi bercelaru sebab tok guru mereka pun jenis celaru juga.

    Isu sumpah sama , sekejap suruh sumpah sekejap larang. Mana satu tak tahu.

    Kata pepatah : guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

    Agak agak macam mana reaksi anak murid tok guru yg jelas tidak sepakat dgn Hj Hadi selaku Presiden PAS ?

    Hj Hadi mewakili suara sama dengan Mustafa Ali yang tidak yakin impian Anwar akan tercapai.

    Cerdik Hj Hadi lagi sekarang ini dari Nik Aziz yang mudah digula gulakan Anwar..

    Mungkin ‘mata sudah rabun’ atau ‘ingatan sudah pupus; sekarang ? sebab yang ajak melompat dulu di Sabah pun dikatakan diatur Anwar juga.

    Lutfi Othman dulu berdegar degar kritik Anwar last last diam sahaja.

    siapa sanggup memegang bara kebenaran akhir zaman ini di tengah tengah keriuhan manusia laungkan keadilan mereka yang dibawa oleh manusia yang pernah dikaitkan dengan berbagai salah laku dan gosip liar ini ?

    Moralnya : ramai sudah jadi munafik dan hipokrit tidak kira sebesar mana serban atau panjang mana janggut mereka.

    Inilah golongan merosakkan umat kerana sibuk dengan politik sehingga lupa tugas sebenar membawa kepada Tuhan agar manusia taatkan Allah walaupun mereka tidak reti atau terlibat mana mana parti.

    Adakah kita akan disoal Ma Hizbuka – Apa Parti Kamu selepas mati nanti?

    Fikir fikirlah.

    Penulis Cyber
    https://beritamalaysiakini.wordpress.com

  2. kalu benar abdulah hebat masakan ekonomi malaysia boleh jatuh dengan teruk, Dr mahathir bersusah – susah membinanya, dia pula suruh hancur sedarlah, jangan asyik tengok berita yang pro kerajaan, buat analisis sendiri, pergi ke univerisiti tanya pada pakar ekonomi, apa yang berlaku. bajet yang diumumkan langsung tak nampak hasil, suruh nak mansuh bil elektrik RM 20 konon, tapi dia tak sedar banyak rumah di sarawak elektrik pun tarak ada, fikir sendiri. kalu dia betul teror saya takkan megantuk dengar dia cakap, lain kali ambil pemimpin yang ada ilmu ekonomi, bukan yang latar belakangnya tak ada DR, saya sokong Mahadir. Dan kepada semua ahli politik, kalau tak ada DR, master pun jadilah, baru boleh jaga ekonomi negara kita. Saya sudah serik dengan politik bodoh ini.

  3. Aku rasa dari layan berita-berita macam nih lagi baik kita kuatkan balik keimanan kita. Ni tak habis-habis nak bertelagah pasal parti, jgn menang sorak kampung tergadai dah la..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s