Ops Sept 16: 4 pemimpin PKR ke Taiwan-Malaysiakini

Ops Sept 16: 4 pemimpin PKR ke Taiwan
Sep 11, 08 5:08pm
Empat pemimpin PKR akan berlepas ke Taiwan esok dalam usaha untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah pelan 16 September.

Buat masa ini, keempat-empat mereka terdiri daripada Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh dan pakar strategi parti itu, Saifuddin Nasution.

Menurut Tian, keputusan untuk ke Taiwan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu hari ini, yang dipengarusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita perlu berbincang butir-butir terperinci rancangan mengambil alih kuasa, dengan ahli-ahli Parlimen BN. Anwar tidak perlu pergi sendiri (ke Taiwan),” kata Tian.

Keempat pemimpin PKR itu dikatakan akan menemui sebahagian daripada 49 ahli Parlimen BN itu yang menyertai lawatan sambil belajar, yang dianjurkan secara tergesa-gesa oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional, untuk meninjau industri pertanian di Taiwan.

Kumpulan ahli Parlimen BN itu berlepas ke Taiwan pada 7 September lalu dan hanya dijadualkan pulang pada 19 September depan – tiga hari selepas tarikh 16 September – yang menurut Anwar, tarikh bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s