Anwar buang masa pujuk MP BN sertainya – Syed Hamid – Mstar

Anwar buang masa pujuk MP BN sertainya – Syed Hamid
11-09-2008 11:12:34 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang untuk ke Taiwan bagi memujuk 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertainya sebagai membuang masa.

Beliau berkata Anwar seharusnya menumpukan perhatian kepada permasalahan rakyat yang diwakilinya, bukan lebih mengutamakan agendanya sendiri.

“Kalau dia (Anwar) nak pergi mana pun dia boleh pergi. Tapi dia ke sana (Taiwan) buang masa. Dalam hal ini, kalau dia pergi jumpa dengan orang kita (BN) bermakna dia tidak mempunyai keyakinan bahawa dia boleh menang pilihan raya kalau ada pilihan raya.

“Pilihan raya kan ada pada tahun 2012. Buat apa nak curi ahli-ahli BN yang telah menyatakan bahawa mereka tetap dengan BN. Buat apa cuba mendapat kuasa di luar kaedah pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini malam ini.

Syed Hamid berkata Anwar sepatutnya menerima kenyataan bahawa tiada Anggota BN yang diuaruarkan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Biarlah kita (BN) meneruskan pemerintahan. Dia ini tidak habis-habis semenjak dia aktif dalam politik, asyik nak berpolitik sahaja sehingga orang fikirkan keadaan politik di Malaysia tidak menentu.

“Ini menjejaskan kepentingan Malaysia dan kedudukan ekonomi kita. Orang ingat suasana politik di sini tidak stabil kerana apa yang dilakukan menjejaskan. Sekarang mainkanlah peranan di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Janganlah pula nak ke Taiwan mencari orang kita untuk buang masa,” katanya.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Anggota Parlimen BN yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

Kata Anwar, beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

Turut hadir di majlis berbuka puasa itu ialah Pengerusi PNMB Tan Sri Mohd Bakri Omar dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. BERNAMA

One response to “Anwar buang masa pujuk MP BN sertainya – Syed Hamid – Mstar

  1. mengapa brisan nasinol tiba 2 aje hantar mp ke taiwan tidak pernah dengar ada rombongan
    lawatan sambil belajar dlm sejarahnaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s