Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL – Utusan

Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup (gambar) berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.

“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salleh berkata, beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu, ia tidak diturunkan.

Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.

Utusan Malaysia hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil. Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.

– Bernama

2 responses to “Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL – Utusan

  1. apa salahnya jika papan tanda tu di tambah dgn tulisan cina , tamil, dn english?

  2. Lihat perlembagaan negara bab bahasa kebangsaan bahasa Melayu dan bahasa rasmi. Apa perlunya pelbagai bahasa kalau nyata bahasa kebangsaan itu hanya bahasa Melayu. Tak perlu nak ditimbulkan soal tulisan kaum tertentu lagi kerana bahasa kebangsaan itu telah melangkaui bahasa kaum. Bahasa Melayu bahasa rakyat negara Malaysia. Apa guna berbangsa Malaysia kalau tidak berbahasa Melayu. Kalau negara China dengan kecinaannya, maka Malaysia dengan kemelayuannya.Kenapa hanya hanya tulisan Cina, Tamil dan Inggeris…Kadazan, Murut dsb?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s