Ramlang Porigi ditukar ke Jakim – Malaysiakini

Ramlang Porigi ditukar ke Jakim

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang mencetuskan kontroversi apabila muncul di pentas pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu telah ditukarkan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya berkuat kuasa bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertukaran Ramlang ke bahagian pentadbiran dan kewangan Jakim adalah proses biasa.

Beliau berkata, Ramlang ditempatkan ke Jakim adalah buat sementara waktu sehingga selesai siasatan dalaman mengenai pembabitan beliau dalam kempen pilihan raya kecil berkenaan.

”Ramlang ditukar ke Jakim buat sementara waktu kerana kes beliau masih belum selesai dan apabila selesai nanti barulah kita akan buat keputusan untuk menempatkan beliau di mana selepas ini,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s