MP Kuala Nerus nafi akan sertai Pakatan-Malaysiakini

MP Kuala Nerus nafi akan sertai Pakatan
Muda Mohd Noor | Sep 12, 08 10:56am
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim menafikan desas desus bahawa beliau adalah antara tiga ahli Parlimen BN di Terengganu itu yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Mohd Nasir yang juga ketua Umno bahagian Kuala Nerus berkata, namanya telah disebut-sebut akan menyertai Pakatan dan tersebar luas di Terengganu.

Beliau juga menafikan ditawarkan jawatan menteri kewangan kedua jika menyertai Pakatan.

“Saya bertanding atas tiket Barisan Nasional dan kerana itu saya berpegang kepada janji menjadi wakil rakyat BN.

“Mereka (Pakatan) tidak pernah datang dan jumpa saya serta  rakan-rakan yang  lain,” katanya ketika dihubungi di Taiwan semalam.
.
Dua lagi ahli Parlimen BN Terengganu yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan ialah ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Penyertaan mereka ke Pakatan menjadi buah mulut di kalangan orang ramai di Terengganu, termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno.

Bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Matulidi dan Mohd Nor untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Mungkin kerana dahulu saya rapat dengan kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana faktor itu nama saya disebut akan menyertai Pakatan,” katanya.

Sementara itu, laman web Tranungkite melaporkan lima ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan akan balik lebih awal iaitu Sabtu ini.

Menurutnya, mereka ialah Mohd Nasir; ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Saddique; ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi; ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman dan ahli Parlimen Tanjong Manis, Norah Abdul Rahman.

Tranungkite mendakwa, mereka pulang awal kerana mahu keluar BN dan menyertai Pakatan kerana dilaporkan ditawar jawatan menteri.

Lamanweb itu juga melaporkan Mohd Nasir ditawar jawatan menteri kewangan kedua, Halimah (menteri perdagangan antarabangsa dan Industri), Dr Mohd Fuad (menteri keselamatan dalam negeri), Anifah (menteri pertanian) dan Norah (menteri pelajaran).

One response to “MP Kuala Nerus nafi akan sertai Pakatan-Malaysiakini

  1. Memang seronok mempermainkan ramai pihak dengan mengwar warkan berita lompat melompat ni.

    PAS dah sedia menerima lompatan ini walaupun tuduh Umno yang mulakan.

    Nik Aziz sendiri yang kata.

    Jika benar tidak elok kenapa mahu dibiarkan ia dibuat/diulang oleh Anwar ?

    Tok Guru jenis apa halalkan matlamat dan halalkan cara ni ?

    Patutlah orang PAS jadi celaru sebab tok guru mereka pun jenis celaru juga.

    Isu sumpah sama , sekejap suruh sumpah sekejap larang. Mana satu tak tahu.

    Kata pepatah : guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

    Agak agak macam mana reaksi anak murid tok guru yg jelas tidak sepakat dgn Hj Hadi selaku Presiden PAS ?

    Hj Hadi mewakili suara sama dengan Mustafa Ali yang tidak yakin impian Anwar akan tercapai.

    Cerdik Hj Hadi lagi sekarang ini dari Nik Aziz yang mudah digula gulakan Anwar..

    Mungkin ‘mata sudah rabun’ atau ‘ingatan sudah pupus; sekarang ? sebab yang ajak melompat dulu di Sabah pun dikatakan diatur Anwar juga.

    Pengarang Harakah : Ahmad Lutfi Othman dulu berdegar degar kritik Anwar last last diam sahaja. Mat Sabu pun hampir terbalik dunia kritik bahawa Anwar lebih ganas dari Mahathir tapi sekarang siap peluk kalu jumpa. Semua mereka hipokrit dan ada ciri ciri bukan pejuang Islam tulen.

    siapa sanggup memegang bara kebenaran akhir zaman ini di tengah tengah keriuhan manusia laungkan keadilan yang dibawa oleh manusia yang pernah dikaitkan dengan berbagai salah laku dan gosip liar ini ?

    Moralnya : ramai sudah jadi munafik dan hipokrit tidak kira sebesar mana serban atau panjang mana janggut mereka.

    Inilah golongan merosakkan umat kerana sibuk dengan politik sehingga lupa tugas sebenar membawa kepada Tuhan agar manusia taatkan Allah walaupun umat tidak reti atau terlibat mana mana parti.

    Adakah kita akan disoal Ma Hizbuka – Apa Parti Kamu selepas mati nanti?

    Fikir fikirlah.

    Penulis Cyber
    https://beritamalaysiakini.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s