Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah-Harakahdaily

Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh) – Harakahdaily dimaklumkan pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.

Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap ‘double standard’ kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk “I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim” didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet”.

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun.

http://www.harakahdaily.net

5 responses to “Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah-Harakahdaily

  1. Kamarudin Jaafar tak puas hati ‘kawan’ kena ISA ?

    Kawan hina Nabi agama dan siar artikel halalkan homoseks puas hati ke ?

    Macam mana KJ nak jadi PM kalu macam ni..

    Jangan bela orang hina agama kerana ia menunjukka kita rela agama dihina oleh kawan kita tersebut.

    Biarkan polis memberi ‘tarbiyah ruhiyyah’ dalam ISA selama 60 hari. Kalu tak insaf tambah lagi cukupkan 2 tahun.

    Ada sesiapa lagi mahu ikut sama menjadi penghuni ISA lagi bersama RPK ?

  2. aku sokong 200% penahanan kesemua yg terlibat…api dalam sekam kita tak nampak…yg lain kalau keluar aper2 statment yg dirasakan boleh menimbulkan suasana tidak tenteram pada mana-mana pihak ISA lah jawap nyerr.Bagi kerajaan gunakanlah ISA ini dengan seadil-adilnya…aku anak MALAYSIA bukan anak MALAYSIAN

  3. Polis nak tarbiyyah orang? Eloklah penulis cyber ini berguru dengan ulama polis..

  4. kasar nampak ?

    faham ke erti tarbiyah ?

    tak payahlah berguru sbb tak ada ulama jadi polis.

    tapi ramai orang suka jadi polis palsu.

    kata itu ini tak betul seolah mereka itulah polis.

  5. KJ…
    Ini satu lagi saki baki kumpulan Erdogan PAS..Sebab itu dia melenting bila RPK kena ISA. KJ ini umpama musang berbulu ayam dalam PAS.. RPK patut dilenyapkan terus dari bumi Allah SWT ni..menyusahkan semua orang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s