Raja Petra ditahan di bawah ISA -mStar

Raja Petra ditahan di bawah ISA

12-09-2008 03:00:38 PM

KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah ditahan di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari.

“Dia ditahan oleh 10 sepuluh orang anggota polis dihadapan rumah kami (di Sungai Buloh) pada jam 1:10 petang tadi,” katanya kepada The Star hari ini.

Jelasnya, polis membawa suaminya meniggalkan rumah mereka pada kira-kira jam 1:50 petang.

“Tapi saya tidak tahu ke mana mereka membawa dia,” katanya.

Tambah Marina, polis turut merampas beberapa buah pita dan sebuah komputer dalam

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangna politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk “Malaysia Today” berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini.

Beliau berkata langkah itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen Raja Petra dalam artikel yang bertajuk “I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim” didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet”.

http://www.mstar.com.my

3 responses to “Raja Petra ditahan di bawah ISA -mStar

  1. Pak Lah lembik lagi ? Kerajaan pekak dan buta lagi ? Tidak.

    Tetapi kerajaan bijak dalam menentukan tindakan sesuai dan masa yang sesuai..

    ada benda ‘lembik’ akan keras juga.

    Tapi tidak ‘keras’ sepanjang masa.

    Bila dia ‘keras’ siapa boleh lawan ?

    Simen semasa lembik dan cair memang mudah digaul dimain mainkan dibuat sesuka hati.

    Bila sudah keras, jika terhantuk kepala kita juga yang akan tergadah.

    Adakala sampai berdarah.

    Hidup Pak Lah ! Hidup Syed Hamid !

    Moga Allah memberi kegerunan kepada musuh agama Allah dari terus mencari jalan mempermainkannya dengan cara tidak bermoral dan bermaruah sehingga mengancam keselamatan kita…

    Ramadhan tahun ini telah memberi’ kekuatan ‘ kepada kerajaan membuat tindakan dengan berani demi agama Allah !

    ISA zalim ? zalim pada yang kena saja tak kira melayu cina atau india.

    Siapa tak buat negara terancam, tak akan disentuh akta ISA ini samada cina india atau melayu …

    Adakah kita nak biarkan negara hancur disebabkan 2 – 3 orang pencetus ancaman dan boleh memudaratkan negara kita tercinta ini ?

    Kata orang tua kita : berani buat berani tanggung.

    Berani kerana benar takut kerana salah.

    Jika semua orang bebas buat apa sahaja tentu tidak perlu dicipta neraka. atau dibuat undang undang….

    Takbir !!!!!!!!!!

    Penulis Cyber
    https://beritamalaysiakini.wordpress.com

  2. apa ni,kamu memang buta sejarah, bila semua rakyat malaysia ada tandatangan agama rasmi negara? Kat sarawak dan sabah akta ini tak dapat dipakai sila baca perjanjian sabah dan sarawak masuk untuk membentuk malaysia. kat semenajung tu orang aslilah yang sepatutnya berkuasa, orang cina dan india memang pendatang, orang melayu pun pendatang, orang aslilah yang punya tanah semenajung itu.

  3. Mahu cuba kacau sini ? Mahu kasi marah orang Islam macam RPK ? sila dan harap berani tanggun akibatnya.

    Setakat ini ada 3 orang kena ISA , anda mahu ke empat ke ?

    Jangan kamu cuba pertikai agama rasmi Malaysia. Kerana kami tidak pernah pertikai kebebasan kamu beragama.

    Tidak puas hati sila cari negara lain yang dirasa lebih bagus dari Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s