Rampas kapal: ATM sedia bertindak – Utusan

Rampas kapal: ATM sedia bertindak

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya rundingan untuk membebaskan anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5, milik MISC, yang dirampas lanun di Teluk Aden tidak mencapai kata sepakat.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, ATM hanya akan bertindak sekiranya diberi arahan atau atas permintaan MISC.

“Kapal-kapal TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) yang dihantar adalah untuk melindungi dua buah kapal yang dirampas lanun dan tiga buah kapal MISC yang sedang berlayar. ATM tidak akan campur tangan dalam rundingan yang sedang dilakukan oleh MISC dengan pihak lanun.

“ATM menghantar kapal-kapal milik TLDM atas permintaan daripada Majlis Keselamatan Negara dan kapal-kapal kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas pihak perampas,” katanya kepada pemberita semasa wawancara sempena ulang tahun ke-75 ATM di sini hari ini.

Beliau berkata kapal-kapal TLDM iaitu KD Lekiu, KD Inderapura dan KD Mahawangsa, yang dihantar ke perairan terbabit, mempunyai bilangan anggota dan aset yang mencukupi untuk bertindak, sekiranya diberi arahan.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s