Sekatan lamanweb, blog termasuk ‘Malaysia Today’ ditarik balik – Malaysiakini

Sekatan lamanweb, blog termasuk ‘Malaysia Today’ ditarik balik
Sep 11, 08 5:32pm
Kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk “Malaysia Today” berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya, beliau berkata langkah itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Mengikut rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sebanyak 126 lamanweb disekat sejak Januari sehingga kini kerana melanggar pelbagai peraturan termasuk menghina agama dan menipu pengguna.

Bagimanapun katanya, satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil SKMM, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri ditubuhkan bagi memantau laman-lamanweb dalam negara terutama yang keterlaluan, berunsur hasutan dan perkauman.

Kerajaan berpendapat undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada boleh dikenakan ke atas pengendali laman web yang cuba merosak dan menjejaskan keharmonian negara, demikian menurut laporan Bernama.

“Kabinet juga meminta kerjasama Jabatan Peguam Negara mempercepatkan dakwaan bagi kes-kes yang melibatkan laman-lamanweb yang mempunyai unsur-unsur hasutan, perkauman dan menghina mana-mana agama sekiranya mempunyai bukti lengkap,” katanya.

Katanya, kerajaan sedar bahawa akta-akta sedia ada, termasuk Akta Hasutan boleh digunakan bagi menangani mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif melalui internet, namun tindakan yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini agak lambat.

“Perkara seperti ini memerlukan penyiasatan yang teliti, macam di US kalau lamanweb yang ada unsur-unsur yang tak baik, dalam masa 10 minit sahaja Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan datang dan sita semua peralatan untuk mendapatkan bukti yang kukuh. Mungkin kita boleh bergerak ke arah itu,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s