Zahid: Jangan sentuh isu agama-MALAYSIAKINI

Zahid: Jangan sentuh isu agama
Sep 14, 08 7:41am
“Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama”, demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang kenyataan yang menghina mana-mana agama boleh menimbulkan kekecohan.

zahid hamidi 02“Sama ada melalui blog atau mana-mana forum, ia boleh menimbulkan kemarahan mana-mana kaum,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata penahanan mana-mana individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menghindarkan berlakunya salah laku yang boleh menjejaskan hubungan kaum tanpa mengira mana-mana kaum.

“Saya yang pernah ditahan mengikut ISA memahami dengan mendalam pentingnya akta itu dikuatkuasakan di negara ini walaupun ada pihak membantah,” katanya, demikian menurut laporan Bernama,

Beliau mengulas penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengikut ISA kerana didakwa membangkitkan isu sensitif dan perkauman.

Ahmad Zahid berkata begitu juga dengan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu tidak boleh disentuh bagi menghindarkan perkara yang serupa berlaku.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s