Zaid: Muhyiddin letak jawatan atau disingkir-MALAYSIAKINI

Sep 12, 08 11:07pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

“Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan perdana menteri, beliau boleh letak jawatan kabinet, ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)…tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

“Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

Rabu lalu, Muhyiddin, yang juga naib presiden Umno itu berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama, demikian menurut laporan Bernama.

Di bawah rancangan itu, Abdullah menyerahkan jawatan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

Semalam, Abdullah berkata beliau terkejut dengan kenyataan Muhyiddin kerana pelan peralihan itu difahami dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Umno dan kabinet.

Hari ini, Najib berkata pelaksanaan pelan itu adalah di tangan ahli Umno, tulang belakang parti BN, yang akan mengadakan mesyuarat bahagian dan pemilihan parti tahun ini.

Zaid berkata respon itu bukan ditujukan khas kepada Muhyiddin tetapi sebagai satu pemerhatian am.

“Ia ditujukan bukan hanya kepada Muhyiddin tetapi kepada saya juga. Jika saya tidak gembira saya sepatutnya letak jawatan atau Pak Lah tidak gembira dengan saya, beliau hendaklah menyingkirkan saya,” tambahnya.

5 responses to “Zaid: Muhyiddin letak jawatan atau disingkir-MALAYSIAKINI

  1. Nik Anwar thinks..

    Sapa yg patut letak jawatan??? Muhyiddin yg berjasa atau Zaid Ibrahim yg tak cukup pencalonan pon utk Ketua UMNO Kota Bharu???
    Lu fikir le sendiri…

  2. betul sesangat tu…zaid ni nampaknya macam duri dalam daging…patutnya dia yang letak jawatan..isu2 majlis peguam baru2 ni dia diam aje.kecut,bersembunyi,langsung tak komen apa..macan nak pecah belah umno dab bn je…

  3. Bubarkan terus je UMNO. Hehe.

  4. ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://jiwangg.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

  5. Seperti kata Datuk Alwi, kalu tak suka boleh mufarakah – keluar – dari saf jemaah.

    Muhyidin kata itu suara rakyat. Rakyat mana ?

    Sabarlah jangan tiru gaya Anwar. Adakah benar Muhyidin rela seberang utk dapatkan jawatan tinggi dengan berpakat dengan Anwar ?

    Macam macam .

    Moga mereka membanyakkan zikir mencuci hati dari gila kuasa jawatan atau dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s