ISA Masih Relevan Untuk Diamal, Kata Shahrir -BERNAMA

15 September, 2008 00:49 AM

ISA Masih Relevan Untuk Diamal, Kata Shahrir

JOHOR BAHARU, 15 Sept (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan untuk diamalkan di negara ini.

Shahrir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata walaupun beliau pernah keluar dari kerajaan dan menjadi anggota Bebas pada satu masa dahulu, namun beliau tidak pernah meminta ISA dikaji ataupun dimansuhkan kerana sedar akta itu diperlukan kerajaan dalam mentadbir rakyat berbilang kaum dan pelbagai agama.

“Ianya masih perlu. Dalam pelbagai fahaman, budaya dan kaum adalah sukar untuk kita mentadbir negara” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan 2008 di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin, di sini hari Ahad.

Shahrir mengulas penahanan Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng mengikut ISA pada Jumaat lepas. Tan dibebaskan Sabtu.

Beliau berkata ISA tidak boleh digunakan sewenang-wenang sebaliknya perlu digunakan secara bijaksana dan penuh tanggungjawab.

“Kalau mahu pakai (ISA), kena betul-betul berdasarkan kepentingan awam, bukannya oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s