Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA – MALAYSIAKINI

Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm
Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.

“Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”

Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara  yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

“Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

“Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.

Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s