Muhyiddin – Terpulang kepada PM tentukan kedudukan saya-UTUSAN

Muhyiddin – Terpulang kepada PM tentukan kedudukan saya

15/09/2008 11:14am

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menentukan kedudukannya sama ada untuk mengekalkannya atau menggugurkan beliau daripada Kabinet.

Menurutnya, beliau secara peribadi tidak akan meletakkan jawatan berikutan kenyataannya sebelum ini yang mahukan tempoh peralihan kuasa disingkatkan.

“Saya berhak untuk bersuara bagi menyampaikan pandangan di peringkat akar umbi yang mahukan tempoh peralihan ini disegerakan.

“Ini selaras dengan prinsip demokrasi dalam parti yang tidak menghalang sesiapa untuk bersuara, lagipun kenyataan saya sebelum ini bukan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, sebaliknya hanya mahukan beliau memikirnya semula tempoh peralihan yang lebih sesuai dan oleh diterima oleh ahli parti,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita kebangsaan 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau menyokong saranan Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan mesyuarat bahagian UMNO menentukan tempoh peralihan kuasa berkenaan. – Utusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s