Pairin: Hormati mandat rakyat yang beri kemenangan kepada BN-mSTAR

15-09-2008 05:55:03 PM

RANAU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBs) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata semua parti politik termasuk pihak pembangkang mestilah menghormati hak pengundi yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum lepas.

Katanya sebarang percubaan mana-mana pihak yang ingin membentuk kerajaan melalui saluran tidak sah adalah tidak bermoral dan menghina sistem demokrasi.

“Rakyat dan ahli politik perlu bangkit dan bersatu mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Niat pihak pembangkang yang ingin menggulingkan kerajaan pada 16 Sept (esok) sebenarnya bukan sahaja bertentangan prinsip demokrasi malah menafikan keputusan majoriti rakyat,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Kundasang di Dewan Masyarakat Ranau, dekat sini, hari ini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata walaupun BN tidak mendapat majoriti dua pertiga, kemenangan itu memberikan mandat kepada parti itu membentuk kerajaan dan keputusan ini harus dihormati oleh semua pihak termasuk parti pembangkang.

“Keputusan itu tidak harus diubah ataupun digugat kerana ia adalah keputusan rakyat dan kita tidak sepatutnya mengkhianati undi rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan dengan serius cadangan mewujudkan Undang-undang Anti-Lompat bagi menangani masalah “lompat-melompat” dalam arena politik negara kerana ia begitu serius sehingga mengakibatkan ekonomi negara terbantut dan menganggu ketenteraman sosial.

“Kita mencadangkan supaya mana-mana pihak yang ingin berpindah parti maka kemenangan itu haruslah diisytiharkan tidak sah dan perlu diadakan undian semula.

Rakyat berhak menentukan wakil rakyat yang mereka inginkan,” katanya. BERNAMA

One response to “Pairin: Hormati mandat rakyat yang beri kemenangan kepada BN-mSTAR

  1. Tolong lah Pairin….lompat saja..tolong rakyat….ISA, Rasuah, Undi PTI, Projek I.C…etc tu semua tidak demokrasi. Ni semua lebih teruk dan kotor dari lompat katak. Lepas lompat katak baru PR adakan Snap Election yang lebih bersih barulah Demokrsai sebenar wujud. Kerajaan BN sekarang telampau kotor….PBS juga terikut kotor.

    Faham2 lah k

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s