Tindakan ISA wajar – NGO – UTUSAN

KUALA LUMPUR 14 Sept – Beberapa pertubuhan bukan (NGO) kerajaan menyifatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan dan perlu diteruskan bagi menghalang cubaan mana-mana pihak melakukan tindakan yang boleh mengugat ketenteraman awam.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ISA sebagai undang-undang pencegahan terbukti berjaya dalam peranannya selama ini sejak ia digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Katanya, sebab itu ISA tetap relevan apatah lagi dalam negara yang didiami rakyat berbilang kaum kerana sebarang perbezaan kecil sekalipun boleh diperbesarkan pihak yang tidak bertanggungjawab hingga mencetuskan api permusuhan.

”Justeru ISA amat penting bagi mengelakkan negara porak-peranda walaupun parti pembangkang mendakwa ISA ini undang-undang yang zalim.

”Namun dalam hal ini kita perlu pragmatik. Jangan kita melompat tak tentu pasal. Sepatutnya kita jangan timbulkan pelbagai tanggapan apabila ISA digunakan hingga mencetuskan masalah lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ISA terhadap tiga individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama di dalam negara, kelmarin.

Mereka yang terlibat ialah Ahli Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar ketika dihubungi berkata, ISA merupakan satu tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu sedemikian.

”Perkara-perkara yang terkandung di dalam perlembagaan termasuk Rukun Negara, jika ada pihak tertentu mempersoalkannya sehingga mengundang keresahan rakyat maka mereka harus dikenakan tindakan tegas.

”Oleh itu Gapena melihat tindakan mengenakan ISA sebagai relevan, terutama ke atas mereka yang cuba menghuru-harakan negara dengan menyentuh isu sensitif,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Latif turut tidak menolak isu sedemikian timbul disebabkan sikap segelintir ahli politik yang mempolitikkan hal-hal tersebut demi kepentingan diri sendiri dan kaum.

”Ahli politik macam ‘over acting’ dalam berpolitik, saya percaya mereka ini ada agenda tertentu,” katanya.

Selain pengawasan pucuk pimpinan negara, katanya, Raja-raja juga perlu lebih memainkan peranan dengan kuasa yang dimiliki dalam melindungi hak-hak dan kepentingan bangsa, ketuanan Melayu dan agama Islam.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, langkah mengenakan ISA merupakan satu jaminan keselamatan dan ketenteraman semua kaum di negara ini.

”Hanya melalui penguatkuasaan akta ini mampu menenangkan keadaan di dalam negara sekiranya terdapat ‘pencemaran politik’ seperti ini.

”GPMS percaya ISA bukan sahaja mampu menstabilkan keharmonian dan keamanan antara kaum, malah membantu memulihkan semula ekonomi negara selepas berdepan situasi ancaman sedemikian, ”katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail berpendapat, tindakan ISA membuktikan kerajaan prihatin dengan melakukan terbaik untuk ketenteraman negara.

Menurut beliau, pihaknya yakin kerajaan tidak akan menggunakan ISA sewenang-wenangnya kecuali terhadap mereka yang dipercayai boleh mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara.

”Tidak ada di dalam dunia ini yang tiada batasan, apa yang dilakukan kerajaan tentunya untuk tujuan kebaikan semua,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s