Wakil PKR lewat pulang kerana taufan, bukan bimbang ISA-mSTAR

Wakil PKR lewat pulang kerana taufan, bukan bimbang ISA
14-09-2008 05:38:27 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau dan empat anggota PKR tidak dapat pulang ke Malaysia hari ini seperti yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Taiwan, dan tiada kena-mengena dengan kebimbangan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tidak ada kaitan dengan ISA. Risau tu memanglah risau tapi kita pasrah…terserah kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar).

“Hari ini ada taufan di sini…sebab itu kita tidak dapat pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Katanya, semua penerbangan ke luar negara pada hari ini dibatalkan dan penerbangan mereka menerusi pesawat China Airline hanya akan berangkat pada pukul 1 tengah esok.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh turut menegaskan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA.

“Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya.

Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR.

“Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi… kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya.

One response to “Wakil PKR lewat pulang kerana taufan, bukan bimbang ISA-mSTAR

  1. 5 ORANG INI PALING PATUT DIKENAKAN ISA KERNA JELAS INGIN MERASUAH MP BARISAN NASIONAL DENGAN TAWARAN MELOMPAT PARTI.

    JIKA PERBUATAN JELAS TIDAK BERETIKA INI DIBIARKAN TENTU IA AKAN TERUS DIULANG ULANG OLEH PAKATAN RAKYAT DAN KITA JUGA AKAN BERDEPAN DENGAN SITUASI TIDAK MENENTU.

    DULU KOMUNIS MENGGANAS MENGGANGGU SEKARANG ‘KOMUNIS’ BENTUK BARU MENGGANAS MENGGUNAKAN MEDAN POLITIK MENJATUHKAN KERAJAAN.

    MEREKA INI TIDAK BOLEH DILAWAN DENGAN SENJATA TETAPI DENGAN PERUNTUKAN UNDANG UNDANG SEPERTI ISA INILAH.

    RAKYAT TIDAK SANGGUP BIARKAN NEGARA DIJAUHI PELABUR DAN UMAT KITA DILANDA KEBIMBANGAN DENGAN MAINAN POLITIK KOTOR SEPERTI INI.

    MARI RAMAI RAMAI DESAK LIMA ‘WARGA TIDAK CINTA NEGARA’ INI DIKENAKAN ISA JUGA SEBAGAI AMARAN KEPADA YANG LAIN.

    MOGA KEAMANAN KEKAL TERPELIHARA DI NEGARA KITA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s