Zaid Sering Berbeza Pandangan, Kata Khaled-BERNAMA

16 September, 2008 15:38 PM

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Zaid Ibrahim adalah seorang yang sering mengeluarkan pandangan berbeza mengenai sesuatu isu.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata sepanjang bersama-sama Zaid dalam barisan Kabinet, beliau melihat Zaid sering menunjukkan “pemikirannya yang tersendiri.”

“Pokoknya ialah Perdana Menteri mempunyai kekuatan mengambil seseorang yang beliau tahu ada perbezaan dalam semua aspek… potensi untuk berbeza daripada yang lain,” katanya selepas melancarkan “Online Resources for Learning in English” (MyLine) di Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Zaid menyerahkan surat meletakkan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, selepas Zaid membuat kenyataan berhubung tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi penahanan tiga orang termasuk seorang wartawan minggu lepas.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s