Seorang lagi blogger ditahan-MALAYSIAKINI

Sep 17, 08 6:38pm
Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang ajar’.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

3 responses to “Seorang lagi blogger ditahan-MALAYSIAKINI

  1. Tindakan tepat dan masa yang tepat.

    Hikmah Ramadhan untuk pembalik bendera negara dan menjadi samseng dengan menggunakan alasan distress utk menghina bendera kita.

    Bertepatan pula dengan hari baik iaitu Nuzul Quran yang mengajar kita mencintai negara tanda keimanan kita kepada Allah.

    Dia sudah melampau dan polis nampaknya semakin bijak menangani petualang petualang ini .

    Keamanan mesti dikekalkan dan salah tetap salah samada popular atau tidak dikenali oleh sesiapa.

    Kita tengok blog bendera mereka terbalik masih berani atau tidak biarkan penghinaan berterusan di blog mereka ?

    Siapa berani lagi ?

  2. Tindakan ISA sepatutnya dah lama dikenakan setelah berkempen balikkan jalur gemilang. Sepatutnya blogger ini tinggalkan Malaysia dan tinggallah di pulau-pulau Antartika. Harap tindakan ini akan jadi pengajaran kpd bloger yang lain.

  3. Tahan ini orang tepat sekali , otak nya perlu di dicuci kerana tiada semangat cinta kan negara . Orang lain berpolitik kerana sayangkan negara . Dia politik ikut suka dia jer mana boleh . negara ada undang undang,selamaaaaat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s