Maklumkan BPR jika didatangi ejen pembangkang – Mohamad

SEREMBAN 17 Sept. – Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini diminta membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika didatangi ejen parti pembangkang supaya melompat parti.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, perbuatan ejen parti pembangkang itu menyalahi Akta Pencegahan Rasuah disebabkan terdapat unsur untuk menawarkan wakil rakyat BN dengan ‘harga’ tertentu.

“Ia perbuatan yang salah dan menyalahi Akta Pencegahan Rasuah apabila ada usaha memancing wakil rakyat BN, malahan ada cubaan menawarkan mereka dengan tanda harga tertentu,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri tidak menafikan wujud usaha pihak pembangkang memancing wakil rakyat BN tetapi tidaklah sampai peringkat memujuk dan merayu.

“Wakil rakyat BN tetap setia pada parti. Kalau dihubungi dan tidak terperdaya, saya minta mereka laporkan pada BPR. Tetapi jika ada yang masuk, kita akan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN),” tegas beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s