Nazri isi kekosongan portfolio Zaid

utusan malaysia

PUTRAJAYA 17 Sept. – Kekosongan portfolio menteri yang bertanggungjawab perihal undang-undang berikutan peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim diisi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkuat kuasa serta-merta.

Mohamed Nazri ketika dihubungi mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan perkara itu kepada beliau ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi ini.

“Perdana Menteri memaklumkan saya mengisi portfolio yang dikosongkan oleh Zaid. Ini bermakna tanggungjawab untuk menjalankan reformasi kehakiman yang sedang dilaksanakan kerajaan akan diteruskan oleh saya.

“Ia juga bermakna portfolio ini ‘dikembalikan’ semula kepada saya sejak tahun 2006,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.

Mohamed Nazri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen pernah memikul tanggungjawab dalam portfolio undang-undang pada suatu ketika sebelum diambil alih oleh Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s