PAS tahu senarai MP lompat

Jimadie Shah Othman | Sep 18, 08 11:31am
Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

ahmad awang pas information chief 100605Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam  penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

hashim jasinManakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s