Pelbagai pihak terus bidas Anwar -UTUSAN

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk menghancurkan politik negara bagi memastikan kemaruk kuasanya menjadi kenyataan.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustapha Ishak berkata, usaha membentuk kerajaan baru yang cuba dilakukan oleh Anwar dengan cara lompat parti hanya menggugat kestabilan negara dan membawa kesusahan kepada rakyat.

Beliau yang menyifatkan Anwar sebagai ‘gila politik’ kerana mencadangkan perubahan kerajaan yang gagal pada 16 September berkata, soal pembentukan kerajaan telah pun selesai diputuskan melalui pilihan raya umum 8 Mac lalu.

“Fokus kini adalah mentadbir negara. Kenapa perlu dibangkitkan lagi soal pembentukan kerajaan? Anwar hanya membuat kacau. Dia pengacau kepada sistem pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dekan Fakulti Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu diminta mengulas mengenai dolak-dalik Anwar mengenai penubuhan kerajaan pakatan pembangkang yang didakwa berlaku pada 16 September tetapi gagal menjadi kenyataan.

Menurut Dr. Mohd. Mustapha, hanya orang bodoh akan melayan kerenah kegilaan politik dan kerakusan kuasa pemimpin seperti Anwar.

Beliau mempersoalkan punca sebenar Anwar menimbulkan isu pembentukan kerajaan baru sedangkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telahpun dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Hina sangatkah menjadi Ketua Pembangkang sedangkan fungsinya penting dalam sistem demokrasi kita? Laksanakanlah tugas itu sebaik-baiknya,’’ kata beliau.

Daripada berterusan melaung-laungkan pembentukan kerajaan baru, lebih baik Anwar membuktikan keberkesanan pakatan pembangkang yang dipimpinnya, tambah beliau.

Beliau berkata, fakta yang perlu diterima ialah sekalipun pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan melalui perbuatan 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berpaling tadah, kerajaan baru itu sangat lemah dan rapuh.

“Apa yang boleh dibuat oleh kerajaan yang lemah itu selain menyusahkan rakyat dan negara,’’ katanya.

Selepas pilihan raya 8 Mac lalu, BN mempunyai 140 kerusi di Parlimen manakala pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi.

Pensyarah Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman pula berkata, Anwar cuba mengambil alih pemerintahan kerajaan menggunakan cara yang sama pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi gagal.

“Cubaannya kali ini lebih besar dan lebih membahayakan kerana ia menyaksikan pelbagai kesan malah perhatian dunia juga tertumpu kepada perkembangan politik di Malaysia.

“Bagi Anwar, dia seolah-olah nampak dekat kuasa yang ingin dikejarnya tetapi hakikatnya ia jauh,” katanya.

Dr. Ahmad Nidzammuddin memberitahu, sikap Anwar selepas rancangan 16 September gagal menjadi kenyataan “membuatkan isu pembentukan kerajaan pakatan pembangkang menjadi bahan ketawa.”

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sejak dulu lagi Anwar merupakan seorang yang terburu-buru untuk mencapai matlamatnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, kata beliau, suka memperlecehkan lawan yang tidak pernah dianggap sehebat dirinya.

“Dia akan lakukan apa saja, dalam apa cara sekalipun, untuk mencapai kepentingan dan matlamat peribadi,’’ kata beliau.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain mengibaratkan Anwar sebagai ‘pemangsa’ yang akan terus menangkap mangsanya walau dengan apa cara sekalipun.

Beliau berkata, walaupun cara yang dilakukan melampaui moral, Anwar tidak akan berhenti begitu sahaja malah Ketua Pembangkang itu menunjukkan beliau tidak mempunyai perasaan malu setelah rancangannya gagal.

“Betul atau tidak betul caranya, berjaya atau gagal, itu soal lain. Yang penting matlamat menghalalkan cara,” katanya.

“Dia akan terus ketagih untuk berkuasa. Secara logiknya, dia kena tunggu sampai pilihan raya umum akan datang kalau nak berkuasa… bukan dengan cara macam ini,’’ katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman turut menggesa semua pihak terutama media dan rakyat tidak melayan Anwar yang berterusan mendakwa dapat menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi.

“Dia penipu besar. Tawaran apa yang diberikan kepada 31 Ahli Parlimen BN sampai mereka nak membelot kepada pakatan pembangkang? Mana mungkin semuanya boleh menjadi menteri bila sertai Anwar nanti,” katanya.

Advertisements

One response to “Pelbagai pihak terus bidas Anwar -UTUSAN

  1. salam
    Mungkin pandangan profesor tadi tidak dihormati oleh anwar kerana merasakan beliau pandai…hakikatnya anwar tidak sampai pun tahap phd..yang beliau hanya pandai merendah2kan orang…1 dunia tahu beliau punya rakan yahudi yang mengepalai ekonomi dunia..ekonomi malaysia sahaja dilemahkan…untuk menyalahkan umno…hakikat dan punca sebenar daripada anwar ibrahim yang punya kepentingan peribadi dan memuaskan nafsu serakah kroni yahudi… sahaja menimbulkan syak wasangka pada malaysia sekaligus menghalau keluar pelabur2.. tahiah usaha anda berjaya…lambat laun malaysia kan tahu siapa anda?
    wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s