Pemuda Pas mahu ASEAN gantung Filipina

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak supaya kedudukan Filipina di dalam ASEAN dikaji semula.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, desakan itu dibuat ekoran tindakan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo yang enggan menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Mindanao sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, tekanan politik dan keganasan tentera yang berlaku di wilayah tersebut telah menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

”Kita bukan mahu mencampuri urusan negara lain tetapi tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan ia boleh mengundang ketidakstabilan politik di rantau ini.

”Oleh itu, tindakan tegas seperti menggantung Filipina daripada ASEAN wajar dilakukan bagi memberi amaran kepada Manila,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan untuk menandatangani perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Arroyo menyalahkan tindakan MILF yang menyerang perkampungan penduduk Kristian pada bulan lepas sebagai punca rundingan damai terbengkalai.

Sehubungan itu, Salahuddin mengharapkan Wisma Putra dapat memanjangkan masalah tersebut kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kerana ia melibatkan kepentingan orang Islam.

Katanya, Arroyo dilihat tidak berminat untuk menyelesaikan konflik secara rundingan, tetapi lebih cenderung menggunakan keganasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s