Dijamu ‘seperti makanan anjing’, dakwa Teresa

MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Sep 19, 08 9:55pm
Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada penahanan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menghabiskan tujuh hari dalam penjara di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”.

Menjelang pesta kuih bulan Ahad lalu, dua hari selepas ditahan, wakil rakyat Seputeh itu berkata  beliau sedih kerana pada waktu itu beliau sepatutnya berada bersama ahli keluarga.

teresa kok released from isa 190908 12“Saya sedih memikirkan perasaan mereka di luar tanpa kehadiran saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi – lebih dua jam selepas dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur tengah hari tadi (foto kanan).

Pesta kuih bulan merupakan sebuah perayaan yang penting bagi masyarakat Cina. Pada hari itu, semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama untuk makan besar.

Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” – dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.

Katanya, beliau ditempatkan dalam bilik kecil 6 x 8 meter dan dikehendaki memakai baju lokap sepanjang ditahan bawah akta kontroversi itu.

Pada sebelah malam, tambahnya lagi, beliau tidur bertilamkan papan sahaja di sebuah bilik berudara tidak segar.

Beliau hanya diberikan dua bantal apabila diminta, katanya. Bagaimanapun selimut dibekalkan.

Teresa juga berkata, beliau pada mulanya tidak dibekalkan dengan sebarang bacaan untuk mengisi masa lapangnya.

Apabila perkara itu diberitahu kepada polis di balai berkenaan, mereka bertanya kepadanya sama ada beliau memerlukan Bible, al-Quran atau kitab agama Buddha.

“Kamu bagi Bible, Quran, kitab Buddha, kamu bagi apa-apa saja, saya baca. Lepas itu, polis bawa saya sebuah Bible,” katanya yang beragama Kristian.

Atas permintaannya beliau dibekalkan dengan akhbar setelah beberapa hari “tidak tahu-menahu apa yang berlaku”.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 02Teresa juga berjaya “mencuri” udara segar dan berhawa dingin apabila dibawa bertemu dengan pegawai penyiasat setiap hari pada jam 5.30 petang.

Untuk dibawa ke situ, pada hari pertama sahaja beliau digari, selepas itu tidak lagi selepas dibantah.

Menyatakan kekesalan atas penahanannya itu, Teresa berkata belaiu tidak boleh faham bagaimana beliau dikatakan mengancam keselamatan negara sebagai alasan untuk menangkapnya di bawah akta itu.

“Bila saya tanya mereka tidak boleh jawab. Mereka kata itu arahan daripada pihak atasan,” katanya.

“Ini bulan Ramadan, bulan suci, ini dosa. Kenapa tangkap orang yang tidak bersalah.”

Sepanjang tempoh penahanan itu, menurutnya, beliau memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diajukan pegawai penyiasat kepadanya.

“Saya tulis jawapan untuk semua soalan. Semua yang ditulis sama seperti apa yang dinyatakan dalam blog. Saya sangat telus,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara itu.

Penahanannya genap tujuh hari lalu juga disifatkan seperti sebuah penculikan.

“Polis sekat kereta saya, mengetuk cermin mengatakan ditahan di bawah ISA,” katanya.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 09Beliau juga mempersoalkan polis yang tidak membenarkannya membuat panggilan telefon sewaktu awal-awal ditangkap sedangkan, katanya, beliau layak mendapat satu panggilan kepada keluarga dan peguamnya (foto kanan).

Beliau juga tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju terlebih dahulu.

Oleh itu, Teresa, memberikan nombor-nombor telefon penting kepada pemandunya supaya penangkapannya itu dapat dimaklumkan.

Dalam sidang akhbar penuh ceria yang dihadiri beberapa pimpinan DAP dan PKR dan kedua ibu-bapanya itu, beliau berkata akan terus bekerja sebagai exco dan wakil rakyat kerana “ada banyak kerja untuk dibuat”.

Beliau berkata akan lebih sibuk daripada dulu.

Ditanya sama ada polis menyatakan sebab pembebasannya, beliau berkata tidak.

5 responses to “Dijamu ‘seperti makanan anjing’, dakwa Teresa

  1. salam
    mungkin beliau pernah merasa makanan anjing sebelum ini, maka beliau dapat menilai makanan itu untuk anjing atau untuk manusia…siapa tahu?
    wassalam

  2. memanglah babi mana nak makanan anjing

  3. Menghina makanan bukan budaya orang islam…baca komen Penarik Beca :

    Makanan anjing

    Update 7.06 AM 20/9/08:

    Jarang sangat saya siarkan komen yang maki hamun orang lain. Kalau hampa maki aku, kata aku anjing la, nak kena masuk neraka la, aku siarkan. Kata kat aku tak pa. Kata kat orang, kalau teruk sangat, saya tak siar.

    Tapi dalam posting ini, saya siarkan semua posting memaki hamun Teresa.

    Saya sebelum ni tak berapa tau. Tetapi hari ini saya dah mula tau. Bila kita maki hamun orang, akan terangkatlah darjat bangsa kita, akan terjawablah semua kritikan, persendaan dan penghinaan terhadap agama kita.

    Mohamed Hanipa Maidin pernah memberitahu saya bahawa beliau pernah membaca dalam buku tulisan Ayatullah Murtaza Mutahhari bahawa Imam ‘Ali ‘a.s. yang dikasihi pernah berkata, “Lebih banyak kritikan terhadap Islam, lebih baik baginya (Islam)”.

    Saya yakin, maksud Imam Ali ialah apabila lebih banyak Islam dikritik, lebih banyaklah peluang untuk umat Islam menjawabnya dan memberikan gambaran yang sebenar tentang Islam. Sebab itulah ada hadith Nabi Muhammad s.’a.w.w. yang dikasihi yang mewajibkan Muslimin dan Muslimat menuntut ilmu.

    Malangnya, selama ini saya tak tahu bahawa cara menjawab semua itu ialah dengan cara memaki hamun orang lain seperti yang diajarkan dalam komen-komen di bawah posting ini.

    Dengan maki hamun itu juga, barulah saya dapat belajar bahawa kita mesti mengamalkan sikap memilih-milih (selective) untuk membela orang tertindas, dianiaya dan dizalimi. Selepas ini, saya akan hanya membela orang-orang seperti bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sahaja jika mereka tertindas, dianiaya dan dizalimi.

    Merekalah pembela bangsa dan agama yang setulennya.

    Kalau orang-orang yang bersekongkol dengan PKR dan DAP, walaupun dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang saya sokong, saya tidak akan bela. Malah, saya akan maki mereka cukup-cukup sebab mereka bukan orang seperti Mat Bukit Bendera.

    Posting asal:

    Dalam Buletin Utama TV3 tadi, Teresa Kok bahawa makanan yang diberi kepada beliau seperti makanan anjing (lihat juga berita Malaysiakini “Kok tells of her seven days under ISA” dan “Dijamu ‘seperti makanan anjing'”). Saya pun tertanya-tanya, menatang apa tu? Teresa lalu menceritakan beliau diberikan nasi, telur rebus dan sepotong dua timun.

    Saya lalu teringat makanan yang diberikan ketika saya berada dalam lokap dahulu. Barangkali lebih sedikit dari tujuh lapan jemput nasi, ikan temenung (ikan kembung) separuh busuk yang digoreng (kat kampung saya dipanggil ikan medak) dan dua potong timun yang tua bangka dan sudah bersarang.

    Saya tak kisah sangat. Saya makan ja. Masa kecil-kecil dahulu, setelah pak kembali ke pangkuan Kekasihnya (s.w.t.) dan pendapatan mak pula teramat ciput, lebih kurang itulah makanan kami sekeluarga (Makan minum ketika disoalsiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, alhamduliLlah, sangat baik manakala layanan pula professional dan berhemah. Sinar!!)

    Kalau makanan anjing pun, maknanya saya dibesarkan dengan makanan anjing (Nanti sat, kalau selepas ini ada tukang komen yang nak kata lagi perangai aku macam perangai anjing, itu hampa punya pasai).

    Ketika saya mula mendengar kata-kata Teresa tentang makanan anjing, terasa hati juga saya. Kalau makan nasi dengan telur rebus, itulah makanan yang membesarkan saya. Kadang-kadang tak dak lauk nak makan, kami makan nasi dengan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng lauk. Terasa juga seperti makan nasi dengan lauk walaupun hanya makan nasi dengan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng lauk (Mungkin dianggap lebih teruk dari makanan anjing, tetapi itulah makanan kami).

    Memang, pada mulanya terasa hati juga. Tetapi, memikirkan bukan semua orang yang hidup dengan makanan anjing dan bukan semua orang dibesarkan dengan makanan anjing, saya tak salahkan Teresa. Saya tak kisah.

    Saya tak cerita semua ni free-free sahaja. Saya harap kemiskinan seperti yang saya lalui dan makanan anjing yang saya makan memberikan keinsafan kepada semua di bulan Ramadhan ini untuk bersedekah setakat mampu kepada orang susah.

    Sambung cerita. Saya teringat ketika di dalam lokap. Bila diberi makanan sedemikian, seorang tauke kawan selokap saya berkata, “Abang! Lu keluar nanti lu tulis. Apa ini macam punya makan dia olang kasi. Lu tau ka, lokap punya makan bajet satu hari RM10.70 satu orang. Ini macam punya makan, ada sampai RM10.70 ka satu hari?!”

    Saya pun tak tau. Itu pertama kali saya tau.

    Kalau dikira-kira, katakan makan pagi RM2.00 termasuk untung pembekal (secawan teh o yang dibungkus dalam plastik dan sebiji roti berinti yang tarikh akhir atau expiry datenya sama dengan tarikh kita diberi roti itu. Pernah berlaku, kata kawan-kawan di dalam lokap, diberi roti yang sudah melepasi expiry datenya), ada lagi RM8.20.

    Kalau nasi yang berharga RM4 sebungkus (termasuk untung pembekal), takkan begitu sahaja. Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku.

    Bagaimanapun, menurut mereka yang keluar masuk lokap, bukan semua tempat memberi makanan sebegitu rupa. Kalau di lokap Puchong, kata mereka, makanan di situ agak baik – kadang-kadang sambal belacan pun ada. Kalau di lokap Ampang, kata mereka, makanan paginya termasuk mee goreng, bihun goreng atau kuetiaw goreng. Tak kisahlah mee bodoh pun. Sedap jugak.

    Paling teruk, kata mereka, di lokap Cheras. Saya tak tahu.

    Ah, teringat pula kepada Sheih yang masih meringkuk di dalam lokap. Harap-harap Sheih pandai berkawan di dalam lokap. Memanglah, saya akui. Saya tak suka ditangkap dan disumbat ke dalam kurungan. Tetapi, kalau pandai berkawan, di dalam lokap pun kira ok jugaklah.

    Sa lagi, sebenarnya tak payah remah Sheih lama-lama. Kalau panggil dia beri keterangan, saya tak fikir Sheih akan kata, “kawe to se gi!”. Mungkin berlari dia akan pergi. Daripada masuk lokap, baik pergi beri keterangan. Polis selalu beritahu saya, “nak buat macam mana, bakaq. Dah prosedur macam ni. Kami terpaksa ikut”.

    Prosedur? Bagaimana agaknya prosedur kepada Ketua Umno Bukit Bendera yang digantung tiga tahun dari Umno, Datuk Ahmad Ismail?

    http://penarikbeca.blogspot.com/

  4. Jangan jadi saperti perpatah melayu, saperti melepas anjing yang tersepit,
    maksudnya orang yang kita tolong , akhirnya kita pulak yang disalahkan

  5. Nak komen sikit pada Cik Teresa Kok ni. Tidakkah anda terasa hina atas komennya mengenai makanan seperti yang disebut oleh Cik Teresa Kok (TELUR 2 BIJI,TIMUN,KUAH) seperti makanan anjing……anjing dia makan timun kot.Aku tak boleh terima penghinaan macam ni tak tau pulak dengan anda semua…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s