Penulis blog Kickdefella dilanjut reman

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Perintah tahanan reman terhadap penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Abdul Aziz (gambar) dilanjutkan sehari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Menurut peguam Amrit Pal Singh, Majistret Fadzlin Suraya Mohd. Shah hanya membenarkan tempoh tahanan reman itu dilanjutkan sehingga pukul 5 petang, esok meskipun polis memohon perintah itu dilanjutkan selama tiga hari.

Said Azidi, 38, sebelum ini telah diperintahkan menjalani perintah reman selama dua hari mulai semalam oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan.

Amrit memberitahu wartawan, Said Azidi memberi pesanan kepadanya untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan terhadapnya.

”Said Azidi berharap supaya tiada sesiapa menyertai sebarang bentuk perhimpunan yang tidak sah di sisi undang-undang bagi menyokongnya.

”Said Azidi yang berada dalam keadaan sihat dan bersemangat juga berharap dapat meneruskan semula tulisannya dalam laman blog beliau mulai esok,” katanya.

Turut hadir di mahkamah ialah empat orang kakak Said Azidi dan isterinya, Bariah Ishak, 37.

Penulis blog tersebut ditahan pada pukul 5.05 petang Rabu lalu di rumahnya di Demit, Kota Bharu oleh tiga anggota polis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, selepas mendapat perintah tahanan reman.

Dia didakwa pernah mencadangkan supaya Jalur Gemilang dikibarkan terbalik semasa negara menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s