Suara Keadilan belum jawab surat tunjuk sebab

UTUSAN MALAYSIA

PUTRAJAYA 19 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima jawapan daripada Suara Keadilan berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada akhbar itu berikutan laporan mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tindakan akan dikenakan ke atas akhbar tersebut jika ia gagal menyerahkan surat berkenaan yang tamat tempohnya hari ini.

”Kami belum terima surat tunjuk sebab daripada Suara Keadilan setakat petang ini tetapi mungkin mereka akan hantar nanti.

”Jika mereka gagal kemukakan surat itu, maka kita akan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Tiga akhbar iaitu Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab berhubung artikel yang menyentuh perkembangan politik semasa.

Ketiga-tiga akhbar itu diberi tempoh seminggu untuk menjawab mulai tarikh surat tunjuk sebab itu dikeluarkan Jumaat lalu.

The Sun didakwa memanipulasi dan memainkan banyak isu sensitif manakala Sin Chew Daily melaporkan kontroversi kenyataan berbaur perkauman membabitkan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail.

Abdul Aziz berkata, dua akhbar lain iaitu Sin Chew Daily dan The Sun telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka.

Sin Chew Daily merupakan surat khabar yang paling awal memberi jawapan,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, beliau belum melihat balasan surat tunjuk sebab daripada akhbar-akhbar tersebut.

”Saya belum lihat surat balasan mereka. Apa yang penting ialah setiap pihak bertanggungjawab dan menggunakan kebebasan yang ada untuk memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s