Syed Hamid sedia tanding Naib Presiden

UTUSAN MALAYSIA

JOHOR BAHRU 20 Sept. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan Disember ini.

Syed Hamid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi berkata, beliau mengambil masa yang lama dengan melihat suasana dan ‘iklim’ di dalam parti sebelum mengambil keputusan tersebut.

“Bagaimanapun terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan memilih saya atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Syed Hamid turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota polis dan anak-anak yatim.

Pemimpin lain yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan itu ialah dua penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut menawarkan diri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kerajaan tidak berhasrat menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui undang-undang ciptaan manusia yang dibuat mungkin berubah dan tidak akan kekal sepanjang zaman.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, kajian mengenainya boleh dibuat tetapi perlu dilakukan dengan berhati-hati dan tidak menjejaskan kestabilan serta keamanan negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s