Tanda jalan jawi: Teresa akui bantah

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini mengakui beliau terlibat dalam isu membantah papan tanda jalan bertulisan jawi di sekitar ibu kota awal tahun ini.

Katanya, bantahan itu dibuat Januari atau Februari lalu atas desakan persatuan penduduk terutama di Taman Seputeh yang tidak berpuas hati dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Persatuan penduduk terutamanya di Taman Seputeh sangat tidak selesa kerana banyak papan tanda telah ditukar sewenang-wenangnya oleh DBKL beberapa bulan sebelum ini dan menukarnya semula selepas itu dengan tulisan jawi.

“Penduduk membantah sekeras-kerasnya pembaziran dana awam oleh DBKL,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP sejurus dibebaskan di sini hari ini.

Menurut Teresa, isu papan tanda tersebut ialah antara perkara yang ditanya oleh pihak polis kepada beliau sepanjang penahanannya.

Utusan Malaysia pernah menyiarkan gambar Teresa bersama papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, tanpa tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil.

Dalam pada itu, Teresa memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan pihak polis kerana didakwa menangkap dan menahannya secara tidak sah.

Teresa mendakwa, sepanjang ditahan di bawah akta itu, dia turut disoal siasat berhubung isu laungan azan di Bandar Kinrara, Puchong dan juga kenyataan berhubung peruntukan 30 peratus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan Islam.

Beliau menafikan pembabitannya dalam kedua-dua isu tersebut.

9 responses to “Tanda jalan jawi: Teresa akui bantah

  1. salam
    teresa perlu faham sensitiviti rakyat Malaysia…jika suara rakyat adakah ia majoriti?
    jangan mencari kebencian orang melayu demi kepentingan pihak tertentu…tersilap langkah habis teresa🙂 hindarkanlah hal2 yang membabitkan perpaduan

    wassalm

  2. AKU membaca blog Teresa Kok. Beliau menentang penggunaan huruf jawi pada papan tanda nama jalan di Kuala Lumpur. Dalam hal ini beliau tidak boleh dianggap dianggap ‘racist’ atau perkauman kerana beliau bukan Melayu.

    Tetapi aku percaya kalau ada orang Melayu yang menentang penggunaan huruf Cina di papan-papan iklan, pastinya orang Melayu itu akan dituduh ‘racist’. Sebab apa? Sebab orang itu Melayu.

    Di Malaysia sekarang adalah ‘berdosa’ kalau kita menegur orang bukan Melayu, tetapi kalau orang bukan Melayu tegur kita, itu tidak menjadi masalah.

    Seperti kata Tun Dr. Mahathir dalam blognya,

    “The non-Malays in Malaysia have a lot of sensitive issues too. We cannot touch on them. We would be accused of being racist, being insensitive, provocative and offensive.”

    Beginilah, tak perlu aku berhujah lebih panjang kerana aku kelak akan dituduh ‘racist’. Sebab apa? Sebab aku Melayu. Boleh singgah ke http://teresakok.com/2008/02/14/papan-tanda-jalan-yang-mengandungi-perkataan-jawi-di-kuala-lumpur/. Bacalah kalau nak tahu lebih lanjut.

    Jangan risau, entry itu tidak menggunakan huruf jawi.

    http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/09/03/dap-bantah-papan-tanda-guna-huruf-jawi/

  3. Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Jalan Tersebut

    Sebagai seorang seniman yang tidak berpihak kepada GAPENA (kumpulan seniman yang menyokong parti pemerintah), juga PAKSI (kumpulan seniman yang menyokong gabungan parti pembangkang) saya berasa amat terkilan dan amat bersedih hati kerana sisa-sisa budaya Melayu-Islam yang sekelumit ini pun dipertikaikan. Apakah sisa yang sedikit ini pun mahu disembelih, dikorban dan dipanggang?

    Biar saya beritahu anda kenapa tulisan Jawi tercatat di papan tanda jalan tersebut. Biar saya beritahu kalau anda tidak tahu sejarah (baca: buta). Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

    Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.

    Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?

    Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada. Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi? Bukan, saya bukan bercakap mengenai politik. Tak minat dah dengan politik kawanan anjing. Saya bercakap mengenai budaya Melayu-Islam saya yang dipertikaikan.

    Sekarang tahukah anda kenapa tulisan Jawi tercatit di papan tanda Jalan Taman Seputeh?

    http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/09/biar-saya-beritahu-anda-kenapa-tulisan.html

  4. 25 September, 2007 18:29 PM

    J-QAF Terbukti Lahirkan Ramai Pelajar Celik Al-Quran

    IQRA’… Sebahagian daripada para peserta khatam Al-Quran khusyuk membaca kitab suci itu pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2007 dan perasmikan Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di Kota Baharu. Foto: Zahari Razak

    KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) — Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dimulakan Kementerian Pelajaran tiga tahun lalu berjaya mencapai matlamatnya dengan lebih lebih ramai pelajar kini “celik al-Quran” dan mampu khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

    Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain mampu membaca al-Quran dengan baik, pelajar juga sudah boleh menguasai asas-asas Bahasa Arab, tulisan dan bacaan Jawi dengan baik.

    “Secara keseluruhannya program j-QAF ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa Islam dan sedikit sebanyak mampu menjadi daya tarikan kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-2 dan perasmian Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

    Perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

    Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang.

    Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF.

    Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa.

    “Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan,” katanya.

    Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

    Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu.

    — BERNAMA

    http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824

  5. ITULAH PADAHNYE BILE KITE MASEH BERMIMPI ANWAR JD PRESIDEN….

  6. Tulisan Cina dan Tamil sepatutnya tidak wujud lagi di negara ini. Itulah hakikatnya, kerana tulisan itu tidak pernah diiktiraf sebagai tulisan bahasa negara. Ini bukan soal perkauman tetapi kenyataan. Kewujudan tulisan tersebut boleh diktakan kewujudan ‘haram’ sepertimana kewujudan ‘Hindraf’. Bahasa rakyat Malaysia ialah bahasa Melayu dan tidak yang lain.

  7. penulis_cyber

    nape diorang tak sudah 2 kritik dan sentuh hak hak kita ?

    tak faham2

    mgkn kena desak sikit biar diorang tak lagi bising2

  8. hello people, Jawi is one of the oldest writing method for Bahasa Melayu. It just like your Tulisan Cina and Tulisan Tamil. Before Belanda introduce the Roman Alphabet as the way of writing our National Language today, all people in Tanah Melayu used Jawi to read and write, including the Chinese and Indians. So what’s the problem?

    Jawi is not and Islamic Symbol. As we know, Jawi which derived from the Arabic Alphabets, and Arabic Alphabets exist before Islam exist. Because this alphabet derived from Syaric Alphabet – one of the oldest language in the world. Our great grandfathers was just borrowing the arabic alphabet to write their language. So what’s the problem?
    Just like the japanese, they borrowed your Tulisan Cina to write thier language.

    Common people. We are all educate; we are not Barbarian…!

  9. Baru tulisan jawi dah bising..
    Laen kali suroh diorang bubuh sume tulisan2 bahasa melayu.. rencong, pallava, kawi.. tengok sapa boleh baca…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s