Wartawan Utusan cabar Teresa jalani ujian kesan pembohongan

MALAYSIAKINI
Sep 19, 08 8:32pm
Para pemimpin dan penyokong DAP serta menteri besar Selangor begitu gembira menyambut pembebasan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Dan ia juga menandakan bermulanya ‘perangnya’ dengan sebuah akhbar tempatan.

Walaupun pihak polis telah membebaskannya tanpa syarat selepas tujuh hari ditahan untuk siasatan berhubung peranannya dalam petisyen berhubung laungan azan di sebuah masjid di Puchong, tetapi kebenarannya masih dipersoalkan.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini, Teresa ditanya oleh seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia sama ada beliau bersedia untuk menjalani ujian mesin mengesan pembohongan untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau tidak terbabit dalam kontroversi azan tersebut.

Selepas wartawan itu mengemukakan soalan tersebut, Lim Kit Siang bingkas bertanya: “Untuk apa?”.

“Mereka (polis) sudah membebaskannya, membuktikan bahawa mereka yang silap. Tidak cukup lagi ke?” kata Lim.

Teresa mencelah dengan berkata, sepatutnya mesin mengesan pembohongan itu diuji terhadap mereka yang menuduhnya sebelum meminta beliau berbuat demikian.

Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara berkata, beliau akan mendapatkan keadilan di mahkamah terhadap akhbar berkenaan, kolumnisnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Selain membuat laporan polis terhadap mereka, Teresa juga memfailkan saman RM30 juta terhadap Utusan kerana didakwa telah mencemarkan imejnya.

Beliau juga akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan pihak polis kerana didakwa menangkap dan menahannya secara tidak sah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s