Zulkifli berhak bela Islam

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin untuk terbabit dalam perhimpunan membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, sebagai seorang Islam, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.

”PKR pula sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan bersuara selama ini, sewajarnya tidak menghalang tindakan Zulkifli,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang memanggil Zulkifli kelmarin ekoran pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam.

Zulkifli berkata, ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan beliau terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti sewaktu menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut Zainul, tindakan disiplin juga tidak seharusnya dikenakan ke atasnya kerana pada ketika itu Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI).

”Selain tugasnya sebagai wakil rakyat dan seorang peguam, tugas yang paling utama perlu didahulukan oleh Zulkifli ialah terhadap Islam. Ini tanggungjawab yang hakiki,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan Zulkifli agar sentiasa memelihara akhlaknya sebagai seorang Islam terutamanya ketika terbabit dalam perhimpunan tersebut.

”Saya tidak tahu bagaimana Zulkifli bertindak pada hari tersebut dan saya berharap sebagai seorang Islam beliau sentiasa menjaga akhlaknya,” tegas beliau.

Mengulas mengenai hasrat Zulkifli yang akan mempertimbangkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, beliau menjelaskan, ia terpulang kepada beliau bagi memberi kata putus sama ada untuk kekal bersama PKR atau pun sebaliknya.

One response to “Zulkifli berhak bela Islam

  1. Aku harap, zulkiflie masuk saje PAS, hanya pas sahaja yang memperjuangkan ISLAM,
    pkr tu 2×5 je dengan umno,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s